awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh

Bernama
Bernama
22/01/2024
23:30 MYT
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Enam anggota polis tiba di Mahkamah Tinggi Tawau semalam bagi perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh. -- fotoBERNAMA
TAWAU: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa pemandu e-hailing Nurman Bakaratu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel di sini pada 13 Jan 2023 dan keluar pada sebelah petang hari yang sama dia dibunuh.
Pengurus hotel berkenaan Adam Lim Ka Kiet, 30, mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman pada hari kelima perbicaraan kes bunuh yang membabitkan lapan tertuduh termasuk bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain.
Pada prosiding semalam, sembilan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pergerakan seorang lelaki bersama seorang wanita masuk ke sebuah hotel pada tarikh sama turut dimainkan di mahkamah.
Bagaimanapun, Lim, yang juga saksi pendakwaan ke-14, berkata beliau tidak mengenali individu dalam rakaman CCTV itu.
Kepada soalan peguam Datuk Ansari Abdullah, beliau berkata lelaki di dalam rakaman CCTV itu dilihat keluar dari hotel berkenaan di antara 6 petang hingga 7 malam.
Di kandang tertuduh ialah enam anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, dan John Kennedy Sanggah, 44, serta seorang wanita Vivien Fabian, 34.
Mereka didakwa membunuh Nurman di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan 2023 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#pemandu e-hailing
#hotel
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan