awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes FashionValet: SPRM beku akaun 30 Maple

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2024
07:37 MYT
Kes FashionValet: SPRM beku akaun 30 Maple
Azam berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta. - Gambar fail
KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan akaun 30 Maple Sdn Bhd (30 Maple) berhubung kes melibatkan platform e-dagang, FashionValet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Beliau berkata, selain menyita akaun FashionValet, SPRM juga bertindak membekukan akaun 30 Maple.
"Saya tidak berapa perasan perkembangan terkini mengenai 30 Maple tetapi SPRM telah membekukan akaun syarikat itu.
"Seperti yang saya sebut dan maklumkan sebelum ini, siasatan masih dijalankan dan akan siap dalam tempoh dua minggu," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.
Beliau berkata demikian semasa program menembak SPRM bersama media 2024 sempena sambutan ulang tahun SPRM ke-57 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, di sini.
Mengulas lanjut, Azam berkata, arahan telah diberikan kepada pegawai penyiasat untuk mempercepatkan siasatan berhubung kes FashionValet.
Kata beliau, seramai 14 orang saksi telah dipanggil untuk melakukan rakaman percakapan setakat ini.
Bagaimanapun katanya, empat orang saksi lagi akan dipanggil bagi dirakam percakapan dalam masa terdekat.
"Setelah semuanya dijangka selesai dalam tempoh dua minggu, kita akan mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk membuat keputusan," ujarnya.
Ditanya sama ada terdapat penyelewengan dalam kes FashionValet, beliau berkata, perkara tersebut masih belum boleh dikongsikan kepada umum.
Tegas beliau, SPRM menyerahkan perkara itu kepada pihak TPR untuk memutuskannya.
Sementara itu ditanya perkembangan terkini siasatan kartel pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi melibatkan sebuah pertubuhan, Azam berkata, pihaknya sedang menyiapkan siasatan.
Menurut beliau, siasatan dijangka dapat diselesaikan dalam beberapa minggu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#30 Maple
#FashionValet
#Vivy Yusof
#SPRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan