Mahkamah Sesyen Ipoh menetapkan esok untuk mendengar hujah bertulis pihak pendakwa dan pembela bagi menentukan sama ada mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dituduh memfitnah Datuk Seri Najib Razak, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan itu.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin ketika menangguhkan perbicaraan kes itu, yang telah ditetapkan selama tiga hari bermula hari ini, meminta kedua-dua pihak mengemukakan hujah-hujah bertulis dalam perbicaraan pagi esok.
Dalam perbicaraan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria menyatakan bahawa perbicaraan kes ini akan dijalankan tanpa kehadiran perdana menteri.
Katanya, pihak pendakwa akan mengemukakan saksi-saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes ini nanti.
Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang dibantu peguam Hatim Musa dan Fitri Asmuni telah membuat bantahan dengan memohon supaya Mohammad Nizar dilepaskan tanpa dibebaskan memandangkan pihak pendakwa tidak memanggil Najib sebagai mangsa dalam kes ini.
Menurutnya, kes ini merupakan kes jenayah yang mana mangsa mesti datang untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwa.
Katanya, sekiranya Najib tidak datang, mengikut prosedur undang-undang jenayah, kes ini akan dibuang.
Mohammad Nizar dituduh memfitnah Najib dengan menyatakan di dalam satu ucapan kepada orang ramai dengan mengetahui bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik perdana menteri.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Taman Desa Pakatan, Ipoh pada 23 April 2012 antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Mohammad Nizar dituduh mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Astro Awani
Wed Jun 10 2015
Peguam bela memohon supaya Mohammad Nizar (gambar) dilepaskan tanpa dibebaskan memandangkan pihak pendakwa tidak memanggil Najib sebagai mangsa dalam kes ini. - Foto fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan keluar kenyataan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Clare, dua pihak lain fitnah Sultanah Terengganu tetap kena bayar RM300,000
Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak lain yang memfitnah Sultanah Nur Zahirah dalam buku, The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose kekal diperintah membayar ganti rugi RM300,000.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
India: Kerusi Parlimen Rahul Gandhi dikembalikan
Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi mendapat semula kerusi parlimen beliau selepas sabitan kes fitnahnya digantung pada Jumaat.
Kes fitnah Rewcastle-Brown kekal didengar di Mahkamah Kuala Terengganu
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Pertuduhan memfitnah: Sebutan semula kes Editor Sarawak Report 25 Jun ini
Mahkamah menetapkan 25 Jun ini bagi sebutan semula kes Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Ketua pembangkang India Rahul Gandhi buat rayuan terhadap kes fitnah
Mahkamah membenarkannya diikat jamin dan akan mendengar petisyennya pada 13 April.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
Kertas siasatan kes Ebit Lew di peringkat akhir
Kertas siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew berkaitan kes gangguan seksual kini di peringkat akhir.
Siasatan kes fitnah Ebit Lew selesai - Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, kertas siasatan (IP) bagi kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.