awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes gangguan seksual dalam talian semakin meningkat - KPWKM

Bernama
Bernama
10/09/2023
07:39 MYT
Kes gangguan seksual dalam talian semakin meningkat - KPWKM
Kes gangguan seksual secara dalam talian didapati semakin meningkat susulan kepesatan perkembangan alatan komunikasi canggih dan media sosial. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Mangsa gangguan seksual dalam talian atau alam maya digesa agar membuat laporan kepada pihak berkuasa, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Aiman Athirah Sabu.
Beliau berkata kes gangguan seksual secara dalam talian didapati semakin meningkat susulan kepesatan perkembangan alatan komunikasi canggih dan media sosial.
Justeru katanya mangsa perlu bersuara dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang jenayah tersebut daripada terus berleluasa.
"Gangguan seksual bukan sahaja secara fizikal atau berdepan. Tetapi dengan cabaran gadget dan media sosial, ia telah melarat secara dalam talian.
"Komen-komen netizen di media sosial juga boleh jadi satu bentuk gangguan seksual. Kalau mangsa berasa tidak selesa boleh buat laporan kepada MCMC dan polis untuk tindakan lanjut diambil," katanya pada program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Terengganu di sini, hari ini.-- LAGI
Dalam pada itu Aiman Athirah berkata jumlah kes gangguan seksual di Terengganu pada tahun lalu sangat rendah, iaitu 14 kes dengan satu daripadanya melibatkan kanak-kanak.
Bagaimanapun menurut beliau, situasi tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana kesan terhadap mangsa mungkin dalam jangka masa panjang.
"Tahun lepas sebanyak 477 kes gangguan seksual direkodkan di seluruh negara. Tetapi kita percaya jumlah sebenar lebih banyak kerana ramai yang tidak membuat laporan," katanya.
Sementara itu beliau berkata Terengganu adalah lokasi kelapan penganjuran program tersebut dan akan diteruskan ke lima lagi lokasi iaitu Sabah, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Johor sebelum akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#dalam talian
#laporan polis
#Aiman Athirah Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan