awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Kerajaan lulus insentif cukai modal teroka pacu pelaburan pemula niaga - Amir Hamzah
MALAYSIA
Nahas FRU: Mahkamah keluar waran tangkap pemilik syarikat lori
GADGETS
Drunken Master, Once Upon a Time in China antara 100 filem kung fu dibaik pulih guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kes gangguan seksual profesor: UM sah terima laporan, persatuan kakitangan gesa siasatan telus

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/12/2024
06:13 MYT
Sponsor Banner
Kes gangguan seksual profesor: UM sah terima laporan, persatuan kakitangan gesa siasatan telus
UM berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di universiti berkenaan.
Institusi pengajian itu dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut dan telah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
“UM akan terus memantau perkembangan ini dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkenaan bagi memastikan isu ini ditangani dengan sewajarnya,” kata UM dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) menggesa panel penyiasat dibentuk dengan segera untuk menyiasat kejadian itu secara menyeluruh dan telus.
Tegasnya, dakwaan gangguan seksual melibatkan profesor dan pelajar adalah serius kerana melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pihak berwibawa yang diberikan amanah.
Jelas PKAUM, tindakan segera oleh pihak pengurusan universiti penting untuk menamatkan segala isu susulan dakwaan itu, sekali gus menjaga keselamatan pelajar dan komuniti kampus.
"Selain itu, terdapat dakwaan viral seorang pensyarah kanan dari jabatan yang sama menafikan kejadian ini dan mengambil inisiatif untuk menyiasat kes tersebut.
"Jika ini benar, apakah bidang kuasa yang dia ada untuk berbuat demikian, terutamanya apabila jelas bahawa terdapat potensi konflik kepentingan?," kata PKAUM dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Kelab Feminisme UM (UMFC) dilapor menggesa pengurusan UM memperketat polisi gangguan seksual setelah seorang profesor didakwa berkongsi gambar bogel dengan pelajar.
UMFC mendakwa gambar itu turut dicetak dan dipamer di sekitar kampus sebagai tanda amaran buat pelajar lain tetapi diturunkan tidak lama selepas itu.
Topic Berkaitan
#universiti malaya
#gangguan seksual
#profesor UM
#gambar bogel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami