[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Kes harian COVID-19 lepasi 4,000, Khairy adakan sidang media khas petang ini

Firdaus Azil 08/07/2022 | 05:35 MYT
KHAIRY: Kes harian melepasi 4,000. Ini gelombang baharu jangkitan COVID-19 yang saya maksudkan beberapa minggu lepas.
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bakal mengadakan sidang media pada 3 petang ini, ekoran kenaikan kes COVID-19 yang melepasi 4,000 kes.
Dalam catatan terbaharu di Twitternya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, ada beberapa pengumuman penting berhubung situasi terbaharu itu.
Katanya lagi, kenaikan mendadak kes COVID-19 merupakan gelombang baharu yang beliau maksudkan minggu lepas.
“Kes harian melepasi 4,000. Ini gelombang baharu jangkitan COVID-19 yang saya maksudkan beberapa minggu lepas.
“Sidang akhbar diadakan petang ini 1500hrs untuk memaklumkan beberapa perkara penting,” katanya lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal hari ini media melaporkan jangkitan kes baharu COVID-19 melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, sembilan daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 33,839 bertambah sebanyak 2,299 kes.
#Khairy Jamaluddin #Menteri Kesihatan #Sidang media #COVID-19