awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes HFMD: Enam prasekolah di Pulau Pinang ditutup

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/07/2018
12:57 MYT
Kes HFMD: Enam prasekolah di Pulau Pinang ditutup
10 kanak-kanak kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan hospital swasta. - Gambar hiasan
Enam prasekolah di Pulau Pinang antara premis terbaharu yang terpaksa ditutup susulan penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negeri itu.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKNPP) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua prasekolah berkenaan terpaksa ditutup selama 10 hari sejak semalam berikutan beberapa pelajarnya dijangkiti penyakit itu.
Selain prasekolah, 26 lagi premis membabitkan sekolah rendah, taska, tadika dan pusat jagaan di negeri itu masih ditutup sehingga hari ini.
"Sehingga semalam premis yang ditutup membabitkan tujuh buah sekolah rendah, tujuh buah taska, 11 buah tadika, enam buah pra sekolah dan sebuah pusat jagaan.
"Semua lokaliti itu ditutup berikutan terdapat kes HFMD di premis tersebut," menurut kenyataan itu hari ini.
Sehingga semalam, JKNPP memaklumkan Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 2,082 kes HFMD sejak Januari lalu, iaitu peningkatan sebanyak 93.5 peratus berbanding 1,076 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Seramai 10 kanak-kanak berusia setahun hingga 10 tahun kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan hospital swasta berikutan dijangkiti HFMD manakala 11 kanak-kanak yang dijangkiti HFMD telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan.
Dalam pada itu, JKNPP turut memaklumkan telah membuat pemeriksaan ke atas 807 daripada 854 fasiliti membabitkan sekolah rendah, pra sekolah, tadika dan taska di negeri ini bagi membuat pemantauan kes HFMD di premis berkenaan.
Topic Berkaitan
#HFMD
#JKNPP
#prasekolah
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan