awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes ikan sturgeon: Reman dua bekas pegawai kanan Felda disambung

Bernama
Bernama
31/01/2017
05:12 MYT
Kes ikan sturgeon: Reman dua bekas pegawai kanan Felda disambung
Tiga lagi individu yang direman, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - GAmbar fail
Dua bekas pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar 'Datuk' disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Tiga lagi individu yang direman, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah reman dan pembebasan individu berusia 30, 33, 38, 53, dan 57 tahun itu dibuat Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 24 Jan lepas menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
Sebelum itu, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu lepas dengan kes disiasat mengikut Sekyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#kes ikan sturgeon
#kes mahkamah
#penternakan ikan sturgeon
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan