awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes influenza meningkat, wad kanak-kanak hampir sesak

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2022
00:45 MYT
Kes influenza meningkat, wad kanak-kanak hampir sesak
Tian Soon (kanan) beramah mesra dengan orang ramai selepas mempengerusikan mesyuarat dengan JKNJ di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada Rabu. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Peningkatan kes influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) sebanyak lima peratus pada minggu ini menyebabkan pertambahan penggunaan katil di wad kanak-kanak di 13 buah hospital kerajaan di Johor.
Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, peningkatan kes ILI dan URTI itu memerlukan kanak-kanak tersebut mendapatkan rawatan di wad-wad hospital kerajaan.
"Perkembangan itu menjadikan kadar penggunaan katil di semua wad hospital awam di negeri ini pada kadar 76 peratus minggu ini (epid 28).
"Ia peningkatan empat peratus berbanding 72 peratus kadar penggunaan katil di semua wad hospital awam negeri ini bagi minggu lalu atau epid 27.
"Namun kadar penggunaan katil di semua hospital di negeri ini termasuk wad unit rawatan rapi (ICU) masih terkawal kerana ia berada pada kadar 76 peratus daripada jumlah 5,307 katil yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Rabu.
Turut hadir Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh serta Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu.
Tian Soon berkata, peningkatan penggunaan katil di wad-wad hospital kerajaan di negeri ini turut disumbangkan daripada peningkatan sedikit kes semasa Covid-19.
Dalam pada itu, Tian Soon berkata, jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 542 kes antara 10 Julai sehingga Sabtu.
Katanya, jumlah kes Covid-19 itu mencatatkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding minggu epid 27. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ling Tian Soon
#wad kanak-kanak
#penggunaan katil
#Influenza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan