awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2024
10:05 MYT
Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Keputusan terhadap Rosmaini itu dibuat selepas perbicaraan berlangsung selama tiga tahun dengan 11 saksi pendakwaan dipanggil. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.
Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan di akhir pembelaan kes terhadap tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 41.
Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan berlangsung selama tiga tahun dengan 11 saksi pendakwaan dipanggil.
Fatimah dalam penghakimannya menyatakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Selepas mendengar, menimbangkan dan meneliti semua keterangan, dokumen dan hujahan bertulis semua pihak.
Selain mitigasi pembelaan dan hujahan pendakwaan, tertuduh disabitkan bersalah dan dihukum penjara 10 tahun bermula tarikh sabitan hari ini.
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu.
Tertuduh diwakili peguam, Mohd Salleh Togimin, Kamal Hisham Jaafar dan Aina Kamila Zalizam.
Peguam pemerhati yang mewakili keluarga Jahidah, Muhammad Hazeem Mohd Norizan danSyufri A Samad, turut hadir mengikuti prosiding berkenaan.
Pada 17 Jun 2021, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isteri ketiga, jahidah, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin kira-kira jam 6 pagi, 4 Mei 2021.
kes jahidah itu menggemparkan negara berikutan wanita berkenaan dilaporkan hamil ketika dipukul sehingga parah dan koma.
Topic Berkaitan
#Jahidah Nordin
#Rosmaini Abd Raof
#keganasan rumah tangga
#anak OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan