KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) adalah kerana didakwa berlaku banyak pelanggaran peraturan kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara yang dikesan ialah terdapat syarikat Cina di Johor yang 'dibumiputerakan' dan menerima projek berkenaan hanya kerana bergelar 'kawan baik'.
Begitu pun, jelas beliau kerajaan akan meneruskan projek Jana Wibawa bagi membantu golongan Bumiputera.
"Itu pun nak pertahankan, yang mesti pertahan ini projek bumiputera tetapi bagi pada Cina. Tak apa, apa dia (bagi syarikat Cina) peraturan kewangan apa itu?
"Kalau nak beri projek saya tak kisah, tapi untuk Bumiputera. Ini dikelirukan," katanya ketika menggulung Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Dalam masa yang sama, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mahu menyiasat mana-mana projek yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.
Katanya, siasatan bukan sahaja melibatkan Jana Wibawa 1.0 yang dikaitkan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi juga Jana Wibawa 2.0 di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"SPRM nak semak, semak. Saya tak kata harus semak hanya Jana Wibawa 1.0, kalau SPRM rasa ada bukti, Jana Wibawa 2.0 di bawah Bera, dia siasat. Saya tak suruh," katanya.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan sekali lagi berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap segelintir individu berhubung projek Jana Wibawa bukan bertujuan untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa.
Paling dikesali, Ahli Parlimen Tambun itu berkata terdapat pihak yang sanggup melebelkan pertuduhan tersebut sebagai fitnah dan pendakwaan terpilih.
"Saya tahu apa erti pendakwaan terpilih tetapi mengapa dicerca kita (Kerajaan Perpaduan). Sepatutnya dituju kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara.
"Ini maknanya seolah-olah rasuah dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini kaum kabilah asabiah ini! Tengok dulu pertuduhan, tengok dulu bukti... Betul atau tidak rasuah, betul atau tidak fitnah?
"Kalau fitnah, tak payah tunggu Pas, saya sendiri akan bangun menentang. Tetapi kalau benar ada rasuah, penyelewengan kuasa, yang Islam baca al-Quran, baca hadis, kitab... dan kerana kita pertahankan rasuah, di mana pendirian kita?," soal Anwar.
Projek Jana Wibawa merupakan program khusus pembangunan kontraktor Bumiputera Tulen yang semasa pandemik COVID-19.
Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 dan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan, ia juga sebahagian usaha mencapai matlamat memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC).
Hasimi Muhamad
Thu Mar 09 2023

PM Anwar erkata, antara yang dikesan ialah terdapat syarikat Cina di Johor yang 'diBumiputerakan' dan menerima projek berkenaan hanya kerana bergelar 'kawan baik' - Gambar fail

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ini baru sahaja permulaan - Elavarasan
Elavarasan berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan muda negara, terutamanya daripada aspek taktikal.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Polis tahan 27 individu jadikan empat unit rumah tempat edar dadah
Polis menahan 27 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit rumah di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, di sini sebagai tempat kegiatan jenayah mereka

AWANI Ringkas: RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2023 dibentang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu
Ahmad Zahid mengesahkan keabsahan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih dalam pemilihan baru-baru ini.

PLKS bagi sub sektor tekstil, tukang gunting, dan tukang emas dilanjutkan
Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini.

Peroleh pasport kekal: Saya hargai keputusan mahkamah - Zahid
Ahmad Zahid menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal.

Melaka mungkin bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim
Anwar berharap lebih banyak negara di dunia dapat belajar mengenai rasa hormat sebagaimana yang ditunjukkan di Kemboja.

Lawatan Anwar ke Arab Saudi perlu dilihat dari perspektif holistik - Penganalisis
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini harus dilihat dari perspektif holistik dan sihat.

PM Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China
Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Rabu atau Khamis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar rakam penghargaan kepada PM Kemboja bantu bawa pulang warga Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Malaysia, Kemboja tingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor
Malaysia dan Kemboja berharap dapat tingkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Lawatan PM ke Arab Saudi erat hubungan antarabangsa, perdagangan, aktiviti Islam
Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac lepas dilihat berjaya mengeratkan hubungan antarabangsa dan perdagangan.

Tidak timbul soal PM tidak dialu-alukan di Arab Saudi - Penganalisis
Mazlan Ali berkata kunjungan perdana menteri ke negara itu selama tiga hari baru-baru ini adalah atas jemputan pemimpin tertinggi Arab Saudi itu sendiri.

Wan Ahmad Fayhsal dakwa lawatan PM ke Arab Saudi gagal
Ahmad Fayhsal berkata lawatan Ahli Parlimen Pagoh sebelum ini lebih berjaya daripada lawatan Ahli Parlimen Tambun itu.