Kes Jana Wibawa: 'Datuk Roy' direman 3 hari bantu siasatan

Fareez Azman
Mac 14, 2023 05:20 MYT
Suspek berusia 54 tahun itu direman dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang individu yang digelar 'Datuk Roy' direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noorelyna Hanim Abd. Halim di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.
Suspek berusia 54 tahun itu direman dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sebelum ini, SPRM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan media mengesan seorang lelaki dengan alamat terakhir di Semambu, Kuantan, Pahang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah Jana Wibawa
Bagaimanapun suspek hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur semalam sebelum ditahan.
#Jana Wibawa #SPRM #Datuk Roy #kes mahkamah