awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2023
12:01 MYT
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Lelaki berkenaan yang digelar sebagai 'Datuk Roy' berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang perancang utama dalam kes rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Lelaki berkenaan yang digelar sebagai “Datuk Roy” berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.
Pada 9 Mac lalu, SPRM telah menahan empat individu berusia antara 40 hingga 50 tahun termasuk seorang pegawai SPRM dan seorang wanita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000, kononnya bagi mengelakkan siasatan ke atas kes berkenaan.
Wanita berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga suspek lain telah direman sehingga 13 Mac (esok).
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Jelas beliau, SPRM tidak akan berkompromi sama sekali sekiranya didapati mana-mana pegawai SPRM terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Topic Berkaitan
#Projek Jana Wibawa
#Rasuah
#Kerajaan Perpaduan
#Datuk Roy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan