awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konsert Countdown KITA 2026 catat kehadiran 143,000 pengunjung
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
27/03/2023
06:05 MYT
Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar berkata penurunan kes secara konsisten dari 2019 hingga awal tahun ini hasil langkah proaktif kementerian dalam meningkatkan integriti anggota keselamatan. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata penurunan kes secara konsisten dari 2019 hingga awal tahun ini hasil langkah proaktif kementerian dalam meningkatkan integriti anggota keselamatan.
"Tahun 2019 kita catat 730 kes, 2020 (683 kes), 2021 (656 kes), 2022 (537 kes) dan setakat Februari tahun ini ada 75 kes...secara keseluruhan 2,681 kes libat polis, tentera dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).
"Kami akan teruskan usaha tingkatkan disiplin anggota dan sediakan mereka kursus yang bersesuaian serta beritahu tanggungjawab sebenar mereka," katanya menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai mengenai jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Shamsul Anuar berkata pada masa sama, kementerian tidak sesekali berkompromi dan akan mengambil tindakan segera sekiranya ada kes jenayah dilaporkan melibatkan anggota keselamatan.
Beliau berkata antara kemungkinan dan faktor menyebabkan berlakunya kes jenayah melibatkan anggota keselamatan dan penguat kuasa adalah kerana kes peribadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes jenayah
#Shamsul Anuar Nasarah
#anggota keselamatan
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan