MALAYSIA
Kes jenayah babitkan pelajar di Negeri Sembilan catat peningkatan - Alzafny
Alzafny berkata peningkatan itu bagaimanapun tidak ketara dan masih terkawal hasil pemantauan serta tindakan berterusan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan (KPM). - Gambar fail
NILAI: Kes jenayah termasuk buli, gangguan seksual dan amang seksual membabitkan pelajar di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kira-kira 0.2 peratus berbanding tahun lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata peningkatan itu bagaimanapun tidak ketara dan masih terkawal hasil pemantauan serta tindakan berterusan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau berkata pihaknya memandang serius setiap laporan membabitkan pelajar dan merangka beberapa pendekatan bersama sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi memastikan kesejahteraan serta pembelajaran di sekolah adalah selamat.
"Kami pandang serius dalam kes keganasan atau melibatkan tubuh badan, sebagai contoh pukul dan buli. Kami juga sentiasa memantau berdasarkan maklumat sekiranya berlaku kes lebih berat lagi.
"Daripada semakan jenayah harian yang saya peroleh, kebanyakan jenayah ini melibatkan pelajar lelaki di sekolah menengah," katanya selepas merasmikan program Townhall Discussion 'Pendidik Ejen Pencegahan Jenayah Buli' Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.
Alzafny berkata PDRM Negeri Sembilan akan melipatgandakan lawatan pegawai perhubungan sekolah ke sekolah dengan semua ketua polis daerah diarahkan supaya meneliti serta memantau laporan diterima berkaitan institusi pendidikan itu.
Menurut Alzafny, tumpuan utama PDRM kini memberi penekanan kepada kesedaran dan pendidikan dengan penerapan nilai-nilai murni, sahsiah serta akidah bagi membantu pelajar menilai perkara yang baik dan tidak sepatutnya diikuti.
Beliau berkata beberapa sekolah dikenal pasti untuk menjalankan pemeriksaan bersama JPN dan pihak sekolah dengan tumpuan diberikan kepada pemeriksaan di asrama termasuk pelaksanaan pemeriksaan secara mengejut.
"Ia akan dilaksanakan segera dan sekolah itu dipilih berdasarkan permintaan sekolah. Saya rasa tiada konsep sekolah cuba melindungi kejadian jenayah kerana nak jaga reputasi atau penilaian prestasi," katanya.
Sementara itu, Alzafny ketika sesi dialog awam berkenaan berkata antara punca peningkatan kes buli dalam kalangan pelajar kebelakangan ini adalah kelemahan asas didikan di rumah, pengaruh rakan sebaya dan teknologi atau media sosial.
Beliau berkata siasatan polis mendapati kebanyakan pelaku buli daripada keluarga yang mempunyai masalah sama ada terlalu menekan, berpecah-belah atau memanjakan anak selain melibatkan keluarga berada serta berpengaruh.
"Ibu bapa beri didikan keras di rumah atau mungkin gunakan didikan yang tidak bersesuaian kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa sekarang menggunakan gajet untuk didik anak-anak, nak tenangkan mereka beri telefon, hidangkan pelbagai bentuk hiburan seawal enam bulan hingga setahun.
"Jadi apa-apa pendidikan adalah bermula daripada rumah, mungkin disebabkan kesilapan kita sendiri mendedahkan mereka dengan teknologi dan hiburan melalui alatan elektronik, banyak masa terluang di depan skrin dan bukan lagi persekitaran sosial," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Peningkatan kes jenayah termasuk buli, gangguan seksual, dan amang seksual di Negeri Sembilan sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun ketua polis negara itu menyatakan peningkatan tersebut masih terkawal.
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama dalam pemantauan dan tindakan berterusan bagi memastikan kesejahteraan serta pembelajaran pelajar di sekolah adalah selamat.
- Tumpuan utama PDRM kini ialah meningkatkan kesedaran dan pendidikan dengan nilai-nilai murni, sahsiah, serta akidah untuk membantu pelajar menilai perkara yang baik dan tidak sepatutnya diikuti.