MALAYSIA
Kes jenayah e-dagang meningkat 97 peratus, kerugian cecah RM110 juta - JSJK
JSJK Bukit Aman memaklumkan peningkatan itu melibatkan kerugian mencecah RM110.3 juta, naik 105 peratus berbanding tahun sebelumnya. - Gambar hiasan/Clint Patterson/Unsplash
KUALA LUMPUR: Jenayah e-dagang di negara ini menunjukkan trend membimbangkan apabila 12,297 kes direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini, meningkat 97 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ringkasan AI
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memaklumkan peningkatan itu melibatkan kerugian mencecah RM110.3 juta, naik 105 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut jabatan itu dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi hari ini, jenayah e-dagang merujuk kepada penipuan dalam urus niaga dalam talian, dengan penjenayah sering menggunakan pelbagai taktik bagi memperdaya pembeli.
"Antara taktik biasa ialah menawarkan harga barangan terlalu murah, enggan memberi maklumat perniagaan yang jelas serta menggunakan akaun peribadi bagi urusan pembayaran," menurut kenyataan itu.
Selain itu, penjenayah juga sering mewujudkan ulasan palsu, mendesak pembeli membuat bayaran segera dan menggunakan laman web dengan ciri keselamatan rendah manakala dalam kebanyakan kes, barangan tidak dihantar selepas pembayaran diterima.
Sehubungan dengan itu, JSJK Bukt Aman menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat pembelian dalam talian, mengelak penjual mencurigakan serta memastikan transaksi dilakukan hanya melalui platform e-dagang rasmi yang mempunyai sistem keselamatan kukuh bukannya akaun peribadi.
Orang ramai turut disaran menyemak latar belakang penjual menerusi portal semakmule.rmp.gov.my bagi memastikan akaun bank atau nombor telefon tidak pernah digunakan dalam kes penipuan.
"Langkah itu penting bagi mengelak menjadi mangsa jenayah e-dagang yang semakin berleluasa di negara ini," menurut JSJK Bukit Aman.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jenayah e-dagang meningkat 97 peratus di Malaysia dengan 12,297 kes direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini, merugikan sehingga RM110.3 juta, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
- Penjenayah e-dagang menggunakan pelbagai taktik penipuan dalam urus niaga dalam talian termasuk menawarkan harga murah, enggan memberi maklumat perniagaan yang jelas, dan menggunakan akaun peribadi untuk pembayaran.
- Orang ramai dinasihatkan oleh JSJK Bukit Aman untuk berhati-hati ketika berurusan dalam talian, menyemak latar belakang penjual, dan melakukan transaksi hanya melalui platform e-dagang rasmi dengan sistem keselamatan kukuh.