MALAYSIA
Kes jenayah komersial di Sarawak meningkat 57.67 peratus - Mancha
Datuk Mancha Ata berkata jenayah siber seperti penipuan e-dagang, pelaburan palsu, pinjaman tidak wujud dan penipuan panggilan telefon menjadi penyumbang utama dengan jumlah kerugian mencecah RM89.9 juta. - Gambar fail
KUCHING: Kes jenayah komersial di Sarawak meningkat sebanyak 57.67 peratus dengan 2,622 kes direkodkan setakat Ogos, berbanding 1,663 bagi tempoh sama tahun lepas.
Ringkasan AI
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata jenayah siber seperti penipuan e-dagang, pelaburan palsu, pinjaman tidak wujud dan penipuan panggilan telefon menjadi penyumbang utama dengan jumlah kerugian mencecah RM89.9 juta.
Beliau berkata jenayah siber seperti penipuan e-dagang, pelaburan palsu, pinjaman tidak wujud dan penipuan panggilan telefon merupakan penyumbang utama, dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM89.9 juta.
"Antara kejayaan besar Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak termasuk menumpaskan tiga sindiket pusat panggilan di Miri dan Sibu melibatkan 18 tangkapan, selain membongkar sindiket jual beli emas palsu dan penipuan kod QR di Padawan.
"Sehingga kini, sebanyak 1,091 pesalah jenayah komersial telah ditangkap," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.
Mengenai ancaman narkotik, Mancha berkata penagihan dadah kini lebih tertumpu kepada dadah sintetik seperti syabu, ekstasi dan magic mushroom yang memberi kesan buruk kepada mental serta fizikal penagih.
Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 7,799 tangkapan direkodkan berbanding 7,489 tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 248 tangkapan atau 3.3 peratus.
"Keseluruhan tangkapan itu melibatkan kategori bekalan, memiliki dan urin positif. Sebanyak 448 tokan berjaya ditahan manakala nilai rampasan pelbagai jenis dadah meningkat kepada RM23.6 juta, hampir dua kali ganda berbanding RM12 juta pada tahun sebelumnya," katanya.
Mancha berkata jumlah sitaan harta pengedar dadah turut melonjak kepada RM15.8 juta berbanding RM3.4 juta tahun lepas, iaitu peningkatan 363.6 peratus.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri baru-baru ini telah menyerahkan empat kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak bagi memperkukuh operasi di kawasan pedalaman dan sempadan yang mencabar dari segi geografi dan logistik.
"Dengan adanya aset ini, JSJN Sarawak dapat bertindak balas dengan lebih pantas dan berkesan dalam membanteras jenayah narkotik, selaras dengan komitmen PDRM melindungi masyarakat daripada ancaman dadah," katanya.
Perhimpunan bulanan berkenaan merupakan yang terakhir buat Mancha sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelum bersara wajib pada 29 Sept ini.
"Walaupun saya akan bersara daripada perkhidmatan, hati dan jiwa saya akan sentiasa bersama pasukan ini. Saya akan terus menyokong perjuangan PDRM demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pegawai dan anggota terpilih.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kes jenayah komersial di Sarawak meningkat sebanyak 57.67 peratus dengan 2,622 kes direkodkan sehingga Ogos, berbanding 1,663 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Jenayah siber seperti penipuan e-dagang, pelaburan palsu, pinjaman tidak wujud dan penipuan panggilan telefon menjadi penyumbang utama dengan jumlah kerugian mencecah RM89.9 juta.
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak berjaya menumpaskan tiga sindiket pusat panggilan di Miri dan Sibu serta sindiket jual beli emas palsu dan penipuan kod QR di Padawan. Sebanyak 1,091 pesalah jenayah komersial telah ditangkap.
- Penagihan dadah kini lebih tertumpu kepada dadah sintetik dengan 7,799 tangkapan direkodkan sehingga Ogos, peningkatan 3.3 peratus berbanding tahun lalu. Nilai rampasan dadah meningkat kepada RM23.6 juta dan sitaan harta pengedar melonjak kepada RM15.8 juta. Kerajaan negeri turut menyerahkan empat kenderaan pacuan empat roda kepada JSJN bagi memperkukuh operasi di kawasan pedalaman.