Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda

Mohd Zaidi menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti melibatkan sumber api, selain sentiasa peka, memantau dan mengawal punca kebakaran. - Gambar Sinar Harian
MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka merekodkan sebanyak 285 kes panggilan berkaitan kebakaran terbuka sepanjang Januari tahun ini, meningkat hampir lima kali ganda berbanding 57 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Ringkasan AI
- JBPM Melaka mencatatkan peningkatan drastik kes kebakaran terbuka pada Januari tahun ini, meningkat hampir lima kali ganda berbanding tahun lepas.
- Pengarah JBPM Melaka menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan sumber api bagi mengelakkan kebakaran yang boleh mencemarkan alam sekitar.
- Kerugian akibat kebakaran di Melaka tahun lalu dicatatkan sebanyak RM48 juta, sementara harta yang berjaya diselamatkan bernilai RM160 juta.
Mohd Zaidi menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti melibatkan sumber api, selain sentiasa peka, memantau dan mengawal punca kebakaran.
Katanya langkah itu penting bagi mengelakkan kejadian pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan alam sekitar serta mengundang risiko kepada harta benda dan nyawa.
Beliau berkata antara punca dikenal pasti menyumbang kepada kebakaran terbuka ialah tiupan angin kencang, pembakaran sampah, aktiviti pembukaan ladang baharu serta perbuatan merokok, selain percikan api kecil yang berpotensi mencetuskan kebakaran besar dalam keadaan tertentu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zaidi berkata sepanjang tahun lepas, kerugian akibat kebakaran di Melaka direkodkan sebanyak RM48,004,837, manakala nilai harta yang berjaya diselamatkan dianggarkan sebanyak RM160,987,142.
"JBPM Melaka akan terus mempertingkat pemantauan dan menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi larangan pembakaran terbuka demi keselamatan bersama dan kelestarian alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

