Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, selepas meneliti kertas siasatan, pihaknya menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa kesemua individu terbabit. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lapan individu yang ditahan berhubung kekecohan yang turut menyebabkan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di Kampung Sungai Baru, di sini tiga bulan lalu akan dituduh dalam dalam terdekat.
Ringkasan AI
- Lapan individu yang ditahan berhubung kekecohan di Kampung Sungai Baru tiga bulan lalu akan dituduh mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan serta salah seorang di bawah Seksyen 332 Kanun yang sama.
- Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menyatakan keseriusan pihaknya dalam menangani kesalahan menghalang penjawat awam, termasuk kes yang melibatkan kecederaan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.
- Kejadian di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu, di mana Sulizmie Affendy mengalami kecederaan akibat dibaling objek, menunjukkan tindakan pihak berkuasa menegakkan undang-undang terhadap kesalahan sebegini.
"Suspek berkenaan dituduh atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea dan Apresiasi Media Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.
Fadil berkata, pihaknya memandang serius kesalahan menghalang penjawat awam satu dan pertuduhan itu dilihat sebagai satu perkara yang positif.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa individu ditahan berhubung kecederaan dialami Sulizmie Affendy semasa rempuhan penduduk di Kampung Sungai Baru, di sini, pada 11 September lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


