awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian bayi: Polis rakam keterangan pengasuh, pemilik taska

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2025
06:46 MYT
Kes kematian bayi: Polis rakam keterangan pengasuh, pemilik taska
Syahrul berkata, polis turut merakam keterangan ibu bapa bayi berkenaan serta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan pemilik taska dan pengasuh bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di premis itu di Taman Danau Kota di sini pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Siasatan kematian bayi di taska: Polis telah merakam keterangan pemilik taska, pengasuh, ibu bapa bayi serta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu siasatan berkaitan kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Taman Danau Kota.
  • Taska dihentikan operasi sementara: JKM telah mengarahkan taska tersebut menghentikan operasi sehingga siasatan selesai dijalankan, susulan kes kematian bayi yang dipercayai akibat tercekik makanan dan susu.
  • Siasatan berterusan tanpa tangkapan: Kes sedang disiasat oleh Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) IPK Kuala Lumpur, termasuk aspek kecuaian, namun setakat ini belum ada tangkapan dilakukan oleh pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, polis turut merakam keterangan ibu bapa bayi berkenaan serta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu siasatan.
"Siasatan kes tersebut sedang dijalankan oleh Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat pihak polis berhubung kes terbabit, kita sedang menyiasat dalam semua aspek termasuk berkait unsur kecuaian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, taska berkenaan diarahkan menghentikan operasi sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Buat masa ini kerana berlaku kes kematian, taska itu diarahkan untuk memberhentikan operasi sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya
Sebelum ini, media melaporkan polis mengesahkan kematian bayi itu dipercayai akibat tercekik makanan dan susu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes kematian bayi
#pemilik taska
#Taman Danau Kota
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan