MALAYSIA
Kes kematian Harish Aiman: Kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya
Rakaman kamera papan pemuka memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Kuchai Lama, 8 Disember lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berkaitan kes kemalangan melibatkan penghantar barangan yang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Kuchai Lama, 8 Disember lalu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, semua saksi termasuk pemilik rakaman kamera papan pemuka telah dipanggil bagi memberi keterangan.
"Kertas siasatan kes ini akan dibawa hari ini untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi mendapatkan arahan lanjut.
"Semua saksi termasuk pemilik rakaman kamera papan pemuka telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan kebahagiaan bergelar suami yang dikecapi seorang penghantar barangan bertukar tragedi selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Kuchai Lama di sini, pada 8 Disember lalu.
Mangsa, Muhammad Harish Aiman Mat Zahid, 25, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada keesokan harinya, 9 Disember 2025 kira-kira jam 7.11 pagi akibat kecederaan parah.
Kejadian itu mencuri perhatian ramai selepas rakaman kemalangan berkenaan tular di media sosial, selain luahan kesedihan ahli keluarga dan sahabat handai arwah yang mendakwa sebuah kereta memotong secara tiba-tiba sebelum merempuh motosikal mangsa.
Sebelum ini, polis mengesahkan kejadian kemalangan maut berkenaan yang berlaku pada 8 Disember lalu itu mengorbankan seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun.
Polis menerima maklumat mengenai penularan rakaman kamera papan pemuka memaparkan kejadian tersebut di platform TikTok dan siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan kes terbabit. - Sinar Harian

#kemalangan jalan raya
#kemalangan maut
#penunggang motosikal maut
#Jalan Kuchai Lama
#penghantar barangan