MALAYSIA
Kes keracunan makanan menurun 23 peratus - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly (foto) berucap merasmikan ekspo Makanan Selamat (eMAS) dan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025. -Foto KKM
PUTRAJAYA: Terdapat penurunan sebanyak 23 peratus dalam jumlah kes keracunan makanan yang direkodkan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ringkasan AI
- Kes keracunan makanan menurun sebanyak 23 peratus setakat Mei tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, menunjukkan peningkatan dalam keselamatan makanan.
- Hampir 14,000 premis makanan telah memperoleh Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS), termasuk hampir 2,000 kedai makan baharu tahun ini.
- Ekspo Makanan Selamat 2025 menekankan peranan sains dalam keselamatan makanan dan turut melancarkan modul latihan untuk pengendali makanan kategori OKU serta memberi penghargaan kepada rakan strategik.
"Setakat Mei tahun ini, kita ada 204 kes dan ia merupakan penurunan sebanyak 23 peratus (dari tahun lepas) tapi kita belum sampai hujung tahun lagi dan saya tak mahu angka ini meningkat," katanya.
Dr Dzulkefly menambah, hampir 2,000 kedai makan telah memperoleh Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS), menjadikan angka keseluruhan kepada 13,998 premis yang diperakui setakat ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ekspo Makanan Selamat (eMAS) 2025 dan sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, pada Sabtu.
Bertemakan “Food Safety: Science in Action”, acara ini menekankan kepentingan sains dalam penetapan piawaian makanan serta kawalan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan rakyat dan menyokong perdagangan makanan antarabangsa.
Turut diadakan ialah pelancaran Modul Latihan Pengendali Makanan Kategori OKU, serta penyampaian penghargaan kepada rakan strategik seperti Zuspresso, Secret Recipe, Petronas Dagangan, PLUS Malaysia dan Universiti Sultan Azlan Shah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami