awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa dipaksa mengaku bunuh mangsa

Bernama
Bernama
11/03/2025
14:22 MYT
Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa dipaksa mengaku bunuh mangsa
Tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia dipaksa mengaku membunuh mangsa ketika keterangannya diambil di sebuah balai polis di Lahad Datu. - BERNAMA
TAWAU: Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia dipaksa mengaku membunuh mangsa ketika keterangannya diambil di sebuah balai polis di Lahad Datu.
Saksi pembelaan keenam itu mendakwa pegawai penyiasat kes telah mengarahkannya melakukan tekan tubi kira-kira 50 kali selain dipukul dengan hos getah dan ditendang di bahagian peha selagi tidak membuat pengakuan tersebut.
"Saya juga disuruh duduk separuh sewaktu bercakap mengenai malam kejadian. Selagi kami tidak mengaku, dia orang (mereka) paksa terus seolah-olah macam mahu pukul lagi kami kalau tidak mengaku," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Kamarudin Mohmad Chinki.
Pada prosiding di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol itu, saksi tersebut mendakwa tertuduh lain juga diarah untuk melakukan tekan tubi, duduk separuh dan lompat bintang namun dia tidak melihat mereka dipukul oleh pegawai penyiasat kes tersebut.
Saksi itu mendakwa desakan serta hukuman ketika dalam siasatan menimbulkan rasa takut kepada semua tertuduh malah dia sendiri menangis ketika berada di dalam lokap.
Pada 28 Feb lepas, Duncan memerintahkan 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama 7 Resal dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac 2024 itu membela diri.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin dan Chen Wen Jye manakala lima lagi oleh peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#kolej vokasional
#tertuduh pertama
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan