BANGKOK: Tiga rakyat Thailand yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung kes pemerdagangan orang dan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 telah ditahan baru-baru ini dan mereka berkemungkinan akan diekstradisi ke Malaysia.
Suspek pertama ditahan pada 21 Okt manakala dua lagi ditahan lima hari kemudian.
Jurucakap Pejabat Peguam Negara (OAG) Thailand, Prayuth Phetkhun berkata ketiga-tiga mereka adalah antara sembilan anggota kumpulan pemerdagangan orang, kesemuanya rakyat Thailand termasuk seorang wanita, dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung tragedi sedih di Wang Kelian itu.
Beliau berkata pada awal 2017 penyiasat Malaysia meminta pihak berkuasa Thailand mengekstradisi suspek ke Malaysia untuk dibicarakan.
"Mahkamah Jenayah mengeluarkan waran tangkap ke atas sembilan suspek dan tiga telah ditahan.
"Pihak pendakwa telah meminta mahkamah mempertimbangkan untuk ekstradisi seorang daripada suspek dan akan mendapatkan prosiding ekstradisi terhadap dua lagi suspek sebaik sahaja mereka diserahkan oleh polis," katanya kepada Bangkok Post.
Sementara itu, pendakwa raya yang bertanggungjawab ke atas kes ekstradisi itu, Thirach Limpaya-raya berkata proses berkenaan mungkin mengambil sedikit masa.
"... jika mahkamah memutuskan untuk mengekstradisi, suspek boleh merayu," katanya.
Pada 2015, piihak berkuasa di sempadan kedua-dua negara dikejutkan dengan penemuan kubur besar dan kem penempatan sementara di Wang Kelian yang didakwa mempunyai kaitan dengan aktiviti pemerdagangan orang. Rentetan daripada penemuan itu 44 orang telah ditahan.
Di Thailand, mahkamah jenayah menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun kepada bekas jeneral tentera, Manas Kongpan atas pelbagai pertuduhan termasuk pemerdagangan orang, penyeludupan pendatang tanpa izin dan jenayah terancang pada 2017.
Selain Manas, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Jabatan Penjara di Bangkok pada Jun, mahkamah jenayah turut menjatuhkan hukuman kepada 62 lagi yang lain. Antaranya bekas datuk bandar sebuah daerah kecil di selatan wilayah Songkhla, Banjong Pongphon yang dijatuhi hukuman penjara 78 tahun. Turut disabitkan bersalah ahli perniagaan dan bekas ketua pentadbiran wilayah Satun, Pajjuban Angchotephan yang dijatuhi hukuman penjara 75 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Suspek pertama ditahan pada 21 Okt manakala dua lagi ditahan lima hari kemudian. - Gambar hiasan/ Reuters
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat
Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang petugas syarikat pengedar kurma disyaki terlibat kes samun wang syarikat itu bernilai RM143,941 dalam kejadian di Simpang Ampat di Nibong Tebal dekat si
Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.
37 wanita asing mangsa eksploitasi seks diselamatkan
Polis berjaya menyelamatkan seramai 37 wanita warga asing disyaki menjadi mangsa eksploitasi untuk kegiatan persundalan menerusi serbuan di sekitar Selangor, pada khamis.
Pemerdagangan orang: Pesawat terkandas di Perancis berlepas ke India
Media Perancis melaporkan terdapat laporan yang mendakwa beberapa penumpang menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Lubuk scam: Usah ghairah dengan tawaran kerja gaji lumayan - Mangsa
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roshaidi Harun berkata, ramai ejen penipuan pekerjaan berusaha menjerat mangsa di Malaysia.
Lubuk scam: Tertarik dengan gaji lumayan, remaja dipaksa kerja sebagai scammer
Pada mulanya dijanji pendapatan sebanyak AS$1,100 (RM5,194.24), namun, kesudahannya Mira terjebak sebagai scammer!
Lubuk scam: Rangka undang-undang khusus pemerdagangan manusia, sediakan talian 'hotline'
Kerajaan Malaysia juga perlu membincangkan isu tersebut di peringkat global dan mengukuhkan kerjasama dengan negara yang menjadi lubuk scam.