awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Lahad Datu: Dokumen tidak disediakan pegawai pemproses

Bernama
Bernama
22/10/2015
09:39 MYT
Kes Lahad Datu: Dokumen tidak disediakan pegawai pemproses
Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. - Gambar Fail
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa dokumen mengenai pintasan komuniksi, yang dikemukakan pada perbicaraan seorang anggota polis yang disabitkan kesalahan menyembunyikan maklumat tentang pencerobohan Lahad Datu, tidak disediakan para pegawai pemproses pintasan komuniksi.
Seorang pegawai pemproses, yang memberi keterangan sebagai saksi diberi perlindungan, berkata dokumen yang dikemukakan pada perbicaraan itu disediakan dalam format berbeza.
"Ia (dokumen) kelihatan seperti disediakan dalam bentuk transkrip. Saksi itu, yang dikenali dengan singkatan SBM, memberi keterangan pada perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan lelaki Sulu bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari 2013.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin siapakah yang menyediakan dokumen dalam perbicaraan anggota polis itu, SBM berkata: "Saya tak tahu."
Saksi berkenaan juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah melihat dokumen berbentuk transkrip itu sehinggalah semalam apabila pihak pendakwa mengemukakannya semasa soalan balas.
Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Mereka juga dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.
Topic Berkaitan
#ceroboh
#Filipina
#Jamil Aripin
#kampung tanduo
#Lahad Datu
#Mahkamah Tinggi
#Penjara Sabah
#Stephen Chung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan