awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes lemas tidur dalam kereta: Kematian tiga sahabat disebabkan kegagalan pelbagai organ - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/09/2020
10:49 MYT
Kes lemas tidur dalam kereta: Kematian tiga sahabat disebabkan kegagalan pelbagai organ - Polis
Menurut polis, laporan bedah siasat mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keracunan karbon monoksida. - Foto ihsan PDRM
Polis mengesahkan punca kematian tiga penuntut kolej swasta ketika berehat di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang, Khamis lepas disebabkan terhidu gas karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata keputusan itu berdasarkan laporan bedah siasat yang dimaklumkan kepada pihaknya.
Shafee berkata, laporan bedah siasat yang diterima pihaknya mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keracunan karbon monoksida.
Jelasnya, kenderaan dinaiki empat sahabat berkenaan mengalami kebocoron di bahagian ekzos kereta hasil pemeriksaan seorang juruteknik.
Pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran kerana bahagian ekzos mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.
BACA: Kes lemas tidur dalam kereta: Mangsa ketiga meninggal dunia
BACA: Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu
Katanya, kebocoran itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana terhidu gas yang keluar dan masuk ke dalam kereta.
Sementara itu mengulas mengenai perkembangan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, yang kritikal sebelum ini, pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa semakin stabil.
Shafee berkata mangsa masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dipantau pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Shafee berkata, pihaknya sentiasa mendapat maklumat mengenai keadaan mangsa daripada pegawai perubatan dari masa ke semasa.
Pada Khamis, tiga daripada empat pelajar kolej yang sedang menunggu hari Konvokesyen maut selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida setelah tertidur di dalam kereta.
Tiga mangsa yang maut ialah Sharifah Farisha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan, masing-masing berusia 21 tahun.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan.
Kesemua mangsa dipercayai singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Ayuni Shazwani Shabri
#kegagalan pelbagai organ
#keracunan karbon monoksida
#kes lemas tidur dalam kereta
#Nor Adilah Mohd Safwan
#Nor Aqilah Mohd Safwan
#PLUS
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#Pulau Jerejak
#Samagagah
#Sharifah Farisha Syed Fathi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan