MALAYSIA
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
M. Kumar (tengah) berkata siasatan mendapati kes itu berkemungkinan kejadian terpencil dan tidak berkait dengan mana-mana rangkaian jenayah atau kumpulan terancang. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Siasatan awal berhubung kes letupan dipercayai menggunakan peranti letupan buatan sendiri (IED) di kawasan parkir dekat Desa Palma, Nilai minggu lepas setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur ekstremisme.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata siasatan mendapati kes itu berkemungkinan kejadian terpencil dan tidak berkait dengan mana-mana rangkaian jenayah atau kumpulan terancang.
"Kes ini berkemungkinan kejadian terpencil... bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan secara menyeluruh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata bahan dirampas mempunyai unsur letupan, dan siasatan kini tertumpu kepada tujuan ia disimpan, sasaran yang mungkin terlibat serta kemungkinan pembabitan pihak lain.
"Latar belakang suspek masih disiasat, dan usaha merakam percakapan sedang diambil namun proses itu bergantung kepada keadaan kesihatan suspek yang masih menerima rawatan di hospital.
"Suspek masih ditahan di hospital, dan kita menunggu laporan perubatan bagi menentukan keupayaannya untuk memberi keterangan," katanya sambil menambah suspek kini direman hingga 3 Jan depan bagi membantu siasatan, dan menegaskan bahawa polis memerlukan ruang serta masa untuk melengkapkan siasatan kerana sebarang kenyataan awal mungkin boleh menjejaskan siasatan.
Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan bahawa lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di Batang Benar, Nilai dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan melecur selepas dipercayai bersembunyi di kawasan hutan sejak kejadian letupan berkenaan.
Beliau berkata suspek dijumpai hasil maklumat orang awam yang memasuki kawasan itu sebelum menghubungi polis sekali gus membawa kepada penahanan lelaki terbabit bersama sebuah motosikal dan beberapa IED.
Suspek menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan keadaan kesihatannya belum mengizinkan pihak polis merakam percakapan setakat ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Insiden pada awal pagi 22 Dis lepas itu menyaksikan IED terbabit meletup di dalam sebuah kenderaan ketika suspek dipercayai mengalihkan peranti berkenaan sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Siasatan awal letupan menggunakan peranti letupan buatan sendiri (IED) di Desa Palma, Nilai tidak menunjukkan unsur ekstremisme.
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyatakan kes berkemungkinan terpencil dan tidak berkait dengan jenayah terancang.
- Suspek ditahan di hospital, direman hingga 3 Januari bagi membantu siasatan, kes disiasat mengikut pelbagai seksyen undang-undang berkaitan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata siasatan mendapati kes itu berkemungkinan kejadian terpencil dan tidak berkait dengan mana-mana rangkaian jenayah atau kumpulan terancang.
"Kes ini berkemungkinan kejadian terpencil... bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan secara menyeluruh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata bahan dirampas mempunyai unsur letupan, dan siasatan kini tertumpu kepada tujuan ia disimpan, sasaran yang mungkin terlibat serta kemungkinan pembabitan pihak lain.
"Latar belakang suspek masih disiasat, dan usaha merakam percakapan sedang diambil namun proses itu bergantung kepada keadaan kesihatan suspek yang masih menerima rawatan di hospital.
"Suspek masih ditahan di hospital, dan kita menunggu laporan perubatan bagi menentukan keupayaannya untuk memberi keterangan," katanya sambil menambah suspek kini direman hingga 3 Jan depan bagi membantu siasatan, dan menegaskan bahawa polis memerlukan ruang serta masa untuk melengkapkan siasatan kerana sebarang kenyataan awal mungkin boleh menjejaskan siasatan.
Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan bahawa lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di Batang Benar, Nilai dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan melecur selepas dipercayai bersembunyi di kawasan hutan sejak kejadian letupan berkenaan.
Beliau berkata suspek dijumpai hasil maklumat orang awam yang memasuki kawasan itu sebelum menghubungi polis sekali gus membawa kepada penahanan lelaki terbabit bersama sebuah motosikal dan beberapa IED.
Suspek menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan keadaan kesihatannya belum mengizinkan pihak polis merakam percakapan setakat ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Insiden pada awal pagi 22 Dis lepas itu menyaksikan IED terbabit meletup di dalam sebuah kenderaan ketika suspek dipercayai mengalihkan peranti berkenaan sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah siasatan awal mengenai kes letupan di kawasan parkir Desa Palma, Nilai minggu lalu?
A: Siasatan awal menunjukkan bahawa kes letupan tersebut tidak menunjukkan sebarang unsur ekstremisme. - Q: Apakah yang diketahui mengenai suspek yang terlibat dalam kejadian letupan tersebut?
A: Suspek berusia 62 tahun itu ditahan di Batang Benar, Nilai dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan melecur selepas dipercayai bersembunyi di kawasan hutan. - Q: Apakah yang menjadi tumpuan siasatan pada masa ini berkaitan kes letupan tersebut?
A: Siasatan kini tertumpu kepada tujuan penyimpanan bahan letupan, sasaran yang mungkin terlibat, serta kemungkinan pembabitan pihak lain dalam kejadian tersebut. - Q: Apakah kesan terhadap suspek yang masih dirawat di hospital terkait dengan siasatan?
A: Keadaan kesihatan suspek masih belum membenarkan pihak polis merakam percakapan dengan beliau, dan suspek masih ditahan serta menunggu laporan perubatan bagi menentukan keupayaannya untuk memberi keterangan. - Q: Apakah undang-undang yang disiasat dalam kes ini?
A: Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958, serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.