awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Mara Corp: 'Tiada makluman terkini setakat ini' - Sumber

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2022
10:15 MYT
Kes Mara Corp: 'Tiada makluman terkini setakat ini' - Sumber
Siasatan yang dijalankan SPRM sebelum ini mendapati terdapat keterangan yang memadai untuk pertuduhan dibuat terhadap beberapa individu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hari ini, genap sebulan selepas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan bahawa kertas siasatan mengenai salah guna kuasa membabitkan tiga pegawai Mara Corp telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Menurut sumber yang dihubungi Astro AWANI pada Khamis, belum ada sebarang perkembangan terkini berhubung kertas pendakwaan kes berkenaan.
"Maaf, tiada apa-apa update," jelasnya.
Menurut seorang lagi sumber ketika dihubungi menjelaskan, kes berkenaan telah mendapat arahan pendakwaan daripada Timbalan Pendakwaraya.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung kes berkenaan.
Jun lalu, Azam Baki menjelaskan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes berkenaan.
Malah beliau turut menyangkal dakwaan sebuah portal berita kononnya kes salah guna kuasa melibatkan tiga pegawai Mara Corp akan digugurkan.
Tegas Azam, kertas pendakwaan telah dihantar kepada AGC untuk dikaji dan cadangan untuk menuduh beberapa pihak dalam kes berkenaan juga telah dibuat.
Ujarnya, siasatan yang dijalankan SPRM sebelum ini mendapati terdapat keterangan yang memadai untuk pertuduhan dibuat terhadap beberapa individu.
Pada 5 Februari lalu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu sebelum menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada 7 Februari.
Topic Berkaitan
#MARA Corp
#Kes
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan