Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, sebagai kes bunuh.
Ini berikutan anggota bomba berusia 24 tahun itu meninggal dunia pada pukul 9.41 Isnin malam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, sebelum ini polis klasifikasikan kes Muhammad Adib di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh Allahyarham.
"Kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh anggota bomba Muhammad Adib di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov lalu, kini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau dalam satu kenyataan, Isnin malam.
Terdahulu, Muhammad Adib disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).
Difahamkan, atas permintaan keluarga, jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah malam ini untuk dikebumikan.
BACA: Wan Azizah berjanji keadilan untuk Muhammad Adib akan terbela
BACA: Muhammad Adib sudah tiada, MB Selangor harap penjenayah dihukum sekeras-kerasnya
BACA: Saya amat sedih... - Tun Mahathir
Afiezy Azaman
Mon Dec 17 2018
![Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545066030_TBABRASHIDABWAHA.jpg)
AB RASHID: Kes Muhammad Adib kini telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA/Fail
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![Peserta himpunan aman di Klang dinasihat patuh arahan polis Peserta himpunan aman di Klang dinasihat patuh arahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545066030_TBABRASHIDABWAHA.jpg)
Peserta himpunan aman di Klang dinasihat patuh arahan polis
Polis akan kawal keselamatan sepanjang perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy'.
![Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545066030_TBABRASHIDABWAHA.jpg)
Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis
Sebelum ini, kes Muhammad Adib Mohd Kassim diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan sebagai cubaan membunuh.
![Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71492608393_GohXinXi.jpg)
Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar
Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang 'Machining' kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian.
![Polis nafi Perlis lubuk premis judi haram Polis nafi Perlis lubuk premis judi haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465647744_Judi.jpg)
Polis nafi Perlis lubuk premis judi haram
Polis Perlis memandang serius berita palsu itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab serta akan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti anggota polis.
![Gara-gara tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu Gara-gara tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81368329823_295x200.jpg)
Gara-gara tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu
Gara-gara tidak tidak mahu makan ubat, seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental memukul ibunya berusia 75 tahun dengan tukul besi di kepala hingga mati di sini, pagi tadi.