MALAYSIA
Kes Nur Farah Kartini: AGC tolak representasi Lans Koperal
Jabatan Peguam Negara menolak representasi anggota polis Lans Koperal Muhammad Alif Monjani untuk mengkaji semula pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah (gambar kecil). -Foto fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan seorang anggota polis untuk mengkaji semula pertuduhan membunuh lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah ke atasnya, dua tahun lepas.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman memaklumkan perkara itu pada sebutan semula kes melibatkan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 28, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid.
"Oleh itu, kami memohon tarikh bicara dengan 20 saksi akan dipanggil dalam perbicaraan yang akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan," katanya.
Peguam Aida Jaafar Mad Ariff yang mewakili Muhammad Alif memaklumkan akan menghantar representasi kedua dalam masa terdekat bagi meneliti semula pertuduhan itu.
Mahkamah menetapkan perbicaraan berlangsung pada 16, 17,18,19, 23, 24, 25, 26 dan 30 Nov serta 1, 2, 3, 7 dan 8 Dis selain 7 April untuk pengurusan kes.
Menurut pertuduhan, Muhammad Alif didakwa membunuh Nur Farah Kartini, 26, di Ladang SKC, Kledang, Mukim Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara menolak representasi anggota polis untuk mengkaji semula pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
- Perbicaraan terhadap Lans Koperal Muhammad Alif Monjani akan dijalankan dengan 20 saksi dipanggil.
- Muhammad Alif didakwa membunuh Nur Farah Kartini di Ladang SKC, Mukim Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai 2024.
Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman memaklumkan perkara itu pada sebutan semula kes melibatkan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 28, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid.
"Oleh itu, kami memohon tarikh bicara dengan 20 saksi akan dipanggil dalam perbicaraan yang akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan," katanya.
Peguam Aida Jaafar Mad Ariff yang mewakili Muhammad Alif memaklumkan akan menghantar representasi kedua dalam masa terdekat bagi meneliti semula pertuduhan itu.
Mahkamah menetapkan perbicaraan berlangsung pada 16, 17,18,19, 23, 24, 25, 26 dan 30 Nov serta 1, 2, 3, 7 dan 8 Dis selain 7 April untuk pengurusan kes.
Menurut pertuduhan, Muhammad Alif didakwa membunuh Nur Farah Kartini, 26, di Ladang SKC, Kledang, Mukim Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara berkenaan representasi yang dikemukakan oleh seorang anggota polis dalam kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah?
A: Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan oleh seorang anggota polis untuk mengkaji semula pertuduhan pembunuhan lepasan UPSI terhadapnya. - Q: Berapa bilangan saksi yang akan dipanggil dalam perbicaraan kes ini?
A: Sebanyak 20 saksi akan dipanggil dalam perbicaraan yang akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan. - Q: Apakah tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan oleh mahkamah untuk kes ini?
A: Perbicaraan kes ini telah ditetapkan berlangsung pada 16, 17, 18, 19, 23, 24, 25, 26, dan 30 November serta 1, 2, 3, 7, dan 8 Disember, dengan tarikh tambahan pada 7 April untuk pengurusan kes.
#Nur Farah Kartini Abdullah
#Jabatan Peguam Negara
#tolak representasi
#pertuduhan membunuh
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#UPSI