awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pasangan Malaysia di Sweden: Pemilihan keluarga angkat kini di peringkat akhir

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2014
13:31 MYT
Kes pasangan Malaysia di Sweden: Pemilihan keluarga angkat kini di peringkat akhir
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia Sheikh Nafiq Alfirdaous (tengah) bersama rombongan ke Sweden yang turut diikuti Editor majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin (kanan). --foto ZAN AZLEE
Pihak Kedutaan Malaysia di Sweden sudah mengenal pasti beberapa keluarga Islam di Sweden untuk mengambil empat anak pasangan Malaysia yang ditahan kerana memukul anak mereka atas alasan tidak solat sebagai anak angkat.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia Sheikh Nafiq Alfirdaous, ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Stockholm bahawa pemilihan keluarga angkat itu kini di peringkat akhir.
Nafiq berkata, pihaknya berpuashati dengan perkembangan positif berhubung hak penjagaan sementara kanak-kanak itu.
"Saya difahamkan (kes) keluarga Islam Malaysia ini telah mendapat perhatian Sweden dan mereka telah sedar dan seakan memberi kerjasama yang baik ke arah pertukaran ini," tambahnya.
Nafiq yang kini sudah berada di Stockholm berkata, mereka akan membuat perjumpaan dengan pihak peguam yang dilantik bagi mengendalikan kes kanak-kanak ini bagi mendapatkan perkembangan lanjut.
Keutamaan sekarang menurutnya ialah bagi memastikan kesemua anak pasangan itu mendapat pembelaan dan penjagaan yang sempurna oleh keluarga Islam tempatan.
Pemuda UMNO dan Sukaguam belepas ke Sweden pada Jumaat dan dijadualkan berada di sana sehingga 30 Januari.
Misi mereka turut disertai Editor majalah Astro AWANI Zan Azlee Zainal Abidin.
Topic Berkaitan
##SwedenLetThemGo
#anak/children
#Azizul Raheem Awalludin
#Malaysia
#Shalwati Nurshal
#sheikh nafiq alfirdaous
#Sweden
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan