MALAYSIA
Kes pecah amanah: 'Baliklah Adlan, bersihkan nama anda' - Fahmi
Fahmi minta Adlan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil meminta agar Muhammad Adlan Berhan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya.
Ringkasan AI
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian apabila ditanya sama ada mesyuarat Kabinet pada Jumaat ada membincangkan isu menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, yang dilaporkan tinggal di sebuah negara Asia Barat.
"Isu itu tak perlu bincangkan pun. Balik sajalah. Kenapa nak larikan diri, melainkan takut.
"Jadi balik dan berdepan dengan (prosiding) mahkamah, bersihkan nama anda," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.
Adlan dilaporkan berada di negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
Pada Khamis, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa pasport Muhammad Adlan telah dibatalkan susulan permohonan yang dibuat sebelum ini oleh SPRM kepada Jabatan Imigresen.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail juga berkata bahawa polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Adlan diburu atas dakwaan pecah amanah yang melibatkan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Negara (NERS), projek keselamatan yang bernilai RM595 juta.
Ringkasan AI
- Jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil menggesa Muhammad Adlan Berhan, menantu bekas PM Muhyiddin Yassin, supaya kembali ke Malaysia dan membersihkan nama melalui proses mahkamah.
- Adlan dilaporkan berada di negara Asia Barat tanpa perjanjian ekstradisi dengan Malaysia; pasportnya telah dibatalkan dan waran tangkap dikeluarkan oleh polis.
- Beliau diburu atas dakwaan pecah amanah melibatkan projek keselamatan NERS bernilai RM595 juta.