KUALA LUMPUR :Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima aduan beberapa pegawai Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyalahgunakan wang disyaki milik Kerajaan Malaysia yang dianggarkan jutaan ringgit dan disimpan di beberapa lokasi.
Penolong Penguasa SPRM Muhammad Nizhar Kadi berkata selepas mendapat aduan itu, SPRM telah menjalankan operasi ‘Ops Dinar 2’ bagi menyiasat dakwaan salah guna wang tersebut.
“Selepas penangkapan beberapa suspek dan penggeledahan di beberapa rumah di Cyberjaya dan Putrajaya, tiada sebarang wang tunai dan dokumen berkaitan ditemui.
“Sekitar jam 12.15 tengah malam, 30 Ogos 2018, saya dan pasukan diarahkan untuk menangkap seorang suspek yang dikenali sebagai Datuk Salahudin Yaakob di klia2.
“Pada jam 1 pagi, kami terus bergerak ke Shaftsbury Residence, Cyberjaya untuk tujuan penggeledahan. Wang tunai berjumlah US$4.07 juta telah disita di unit tersebut,” kata saksi pendakwaan pertama ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Iskandar Ahmad dalam perbicaraan kes pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid.
Muhammad Nizhar berkata pada jam 11 pagi, hari sama, penyitaan kedua dibuat di Kuala Terengganu selepas suspek lain yang dikenali sebagai Maliki memberitahu yang dia menyimpan sejumlah wang di rumah ibu bapanya.
“Hasil penggeledahan di rumah keluarga Maliki, saya telah menjumpai satu beg yang berisi wang tunai sebanyak RM220,000 seperti yang dinyatakan oleh Maliki.
“Maliki telah mengira sendiri duit yang disita sambil disaksikan oleh saya,” katanya.
Hari pertama perbicaraan kes itu juga mendengar keterangan saksi ketiga, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Norhisham Md Nordin, 40, yang memberitahu Hasanah tidak menyediakan Nota Serah Tugas dan Fail Meja selepas kontraknya sebagai Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM tamat.
“Kontrak perkhidmatan Hasanah bagi jawatan tersebut tamat pada 30 Jun 2018 dan beliau tidak menyediakan kedua-dua dokumen (Nota Serah Tugas dan Fail Meja) tersebut.
“Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 19 Julai 1985 menyatakan mana-mana pegawai kerajaan yang bertukar atau bersara mereka diwajibkan menyediakan Nota Serah Tugas dan Fail Meja untuk diserahkan kepada pengganti,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh TPR Muhamad Ashraf Md Kamal.
Menurut Norhisham, proses pertukaran, kenaikan pangkat atau penamatan perkhidmatan pegawai, perlu disertakan Nota Serah Tugas yang selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
"Nota Serah Tugas ini bertujuan sebagai panduan kepada pegawai baharu yang akan mengambil alih tugas jawatan berkenaan," katanya.
Saksi itu yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai khas di Bahagian Penyelidikan JPM berkata perkara itu tercetus selepas bekas majikannya yang merupakan Ketua Pengarah Penyelidikan JPM ketika itu, Datuk Ahmad Shublee Othman mengarahkannya supaya mendapatkan Nota Serah Tugas dan Fail Meja Hasanah.
"Saya mendapati kedua-dua dokumen itu tidak disediakan oleh Hasanah selepas bertanya kepada bekas pembantu khas Hasanah serta kakitangan di Pejabat Ketua Pengarah.
"Datuk Ahmad Shublee Othman dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyelidikan pada 8 Julai 2018 bagi menggantikan Datuk Hasanah kerana kontrak perkhidmatan Hasanah tamat pada 30 Jun 2018. Sepanjang tempoh 1 sehingga 7 Julai 2018, jawatan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan tidak diisi kerana belum ada sebarang pelantikan daripada pejabat Ketua Setiausaha Negara," katanya.
Norhisham berkata isi kandungan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan perlu menyatakan perkara-perkara seperti senarai kedudukan terakhir (status) tugas-tugas pegawai yang masih belum selesai, senarai harta benda atau peralatan pejabat yang berada di bawah kawalan pegawai tersebut, kedudukan kewangan semua akaun jabatan dan fail meja.
Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 62, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.
Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 06 2020
Pada 25 Okt 2018, Hasanah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia. -Bernama
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.