Skip to main content

Malaysia

Kes pegawai kanan polis maut jatuh apartmen tiada unsur jenayah

Shah Alam , 18 Mei 2026. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar  pada Sidang Media Ketua Polis Selangor Berhubung Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Mes Pegawai kanan Polis, IPK Selangor.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Datuk Shazeli Kahar berkata, proses bedah siasat telah selesai semalam sebelum jenazah dikebumikan di Kuantan, Pahang pada malam tadi. - Gambar fail

SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini berhubung kematian seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor yang dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berlaku akibat kemalangan, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

“Setakat ini kita percaya kejadian tersebut bersifat kemalangan dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam sidang media di IPK Selangor pada Khamis.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).

Menurutnya, proses bedah siasat telah selesai semalam sebelum jenazah dikebumikan di Kuantan, Pahang malam tadi. 

Mengulas mengenai spekulasi yang tular di media sosial berhubung kejadian itu, jelasnya polis tidak menolak kemungkinan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya wujud unsur fitnah terhadap arwah atau ahli keluarganya.

“Saya tidak boleh mengulas komen atau spekulasi yang dibuat kerana kenyataan rasmi yang dikeluarkan hanya berdasarkan fakta siasatan.

“Sekiranya terdapat dakwaan tidak benar atau berunsur fitnah, laporan polis boleh dibuat dan tindakan siasatan akan dijalankan,” katanya.

 

Must Watch Video

Advertisement