KUALA LUMPUR: Bukan menjadi suatu perkara yang luar biasa bagi sesebuah agensi penguatkuasaan menjalankan siasatan terhadap pegawainya sendiri, asalkan ia termaktub di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawainya berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.
Tambahan pula, Wan Junaidi berkata penetapan kesalahan yang disiasat oleh SPRM berhubung kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa SPRM, sebagaimana agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
"SPRM telah menjalankan siasatan kes ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) bagi kesalahan di bawah seksyen 23 (berhubung salahguna kuasa oleh pegawai badan awam) dan seksyen 36 (berhubung pemilikan harta yang berlebih-lebihan) serta tindakan pelucuthakkan harta.
"Pemulaan siasatan oleh SPRM adalah berdasarkan first information report (FIR) yang diterima oleh SPRM, di mana SPRM mempunyai kebertanggungjawaban undang-undang yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29(1) Akta 694 untuk membuat aduan berhubung pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta 694 agar penyiasatan dapat dijalankan dengan menggunakan segala kuasa penyiasatan di bawah Akta 694 dan Kanun Tatacara Jenayah sebagaimana diperuntukkan lanjut di bawah Seksyen 29(3) Akta 694.
"Selain itu, Seksyen 67 Akta 694 memperuntukkan bahawa peruntukan di bawah Akta 694 adalah terpakai ke atas SPRM bagi suatu ‘kesalahan ditetapkan (prescribed offence)’ yang antaranya merangkumi beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan," pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.
BACA: Bukit Aman panggil Hasanah, 3 pegawai kanan SPRM bantu siasatan kehilangan AS$6 juta
BACA: Kes pegawai SPRM: PDRM perlu ambil alih siasatan, rehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Fahmi Fadzil
Jelas beliau lagi, kes tersebut turut disiasat oleh SPRM bagi kesalahan di bawah seksyen 403 (berhubung salahguna harta secara tidak jujur) dan seksyen 409 (berhubung pecah amanah jenayah) Kanun Keseksaan (Akta 574), di mana kesalahan–kesalahan tersebut merupakan kesalahan ditetapkan (prescribed offence) di bawah Akta 694.
Tidak terhad kepada Akta 694 dan Akta 574, siasatan juga akan turut mempertimbangkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), tambahnya,
"Standard Operating Procedure (SOP) SPRM menetapkan kesegeraan yang munasabah diberi kepada pelaksanaan penyiasatan kes ini.
"Sehubungan itu, SPRM telahpun mengambil tindakan segera memulakan penyiasatan kes ini dan menangkap ketiga-tiga pegawai berkenaan termasuk menahan reman mereka bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.
"Siasatan kes ini masih berjalan dan SPRM akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan profesional serta tiada kompromi untuk melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah," katanya.
Dalam masa yang sama, apabila FIR diterima oleh SPRM, Wan Junaidi berkata adalah menjadi kewajipan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa kelengahan.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 23 2021
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penetapan kesalahan yang disiasat oleh SPRM berhubung kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa SPRM - Gambar fail
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Kes pegawai SPRM: Bukan luar biasa agensi penguatkuasaan siasat pegawai sendiri
Wan Junaidi berkata penetapan kesalahan yang disiasat oleh SPRM berhubung kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa SPRM.
Kes pegawai SPRM: PDRM perlu ambil alih siasatan, rehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Fahmi Fadzil
Fahmi mendakwa kes tersebut sekurang-kurang melibatkan lima seksyen yang sepatutnya disiasat oleh PDRM, dan bukannya SPRM.