awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pelajar Zimbabwe di Sarawak tidak disyaki Ebola buat masa ini - Ketua Pengarah

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
15/09/2014
10:37 MYT
Kes pelajar Zimbabwe di Sarawak tidak disyaki Ebola buat masa ini - Ketua Pengarah
NOOR HISHAM: Seorang pelajar Zimbabwe yang sedang menuntut di kampus sebuah universiti swasta yang sebelum ini disyaki dijangkiti penyakit Ebola, kini tidak lagi disyaki menghidapnya.
Seorang pelajar Zimbabwe yang sedang menuntut di kampus sebuah universiti swasta yang sebelum ini disyaki dijangkiti penyakit virus Ebola (Ebola virus disease; EVD), kini tidak lagi disyaki menghidap penyakit itu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
“Buat masa ini beliau berada dalam keadaan stabil. Untuk makluman juga buat masa ini Zimbabwe tidak disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang dijangkiti EVD.
“Kes berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dan tiada sejarah mempunyai kontak dengan pesakit EVD dalam tempoh 21 hari sebelum beliau mula menunjukkan gejala.
“Sehubungan itu, buat masa ini kes ini tidak disyaki sebagai menghidap EVD,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan bekerjasama rapat dengan semua Kementerian dan Agensi yang berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kesiapsiagaan menghadapi penularan penyakit EVD ke dalam negara.
“Melalui pemantauan berterusan yang dijalankan, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga kini tiada kes yang disahkan menghidap EVD di Malaysia. KKM melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan terus memantau situasi kejadian ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.
Petang tadi, Menteri Muda Kesihatan Umum Sarawak Datuk Dr Jerip Susil mengesahkan bahawa pelajar itu diserang demam panas dan masih diletakkan di bawah pemerhatian Hospital Umum Sarawak (SGH).
Menurut Dr Jerip pelajar itu telah mengadakan kontak dengan seorang warga Nigeria yang tiba di sini baru-baru ini.
Pelajar itu merupakan suspek kedua Malaysia bagi kes Ebola.
Yang pertama dilaporkan di Perak minggu lepas dan kemudian didapati negatif.
Ebola adalah sejenis demam berdarah, sering mengakibatkan maut kepada manusia dan kera.
Wabak penyakit itu meragut lebih 2,000 nyawa di Afrika Barat tahun ini.
Topic Berkaitan
#Afrika
#Ebola
#Jerip Susil
#Kuching
#pengarah kesihatan
#Sarawak
#virus
#Zulkifli Jantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan