awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes penderaan pekerja asing tidak akan diselindung - TPM Zahid

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
20/02/2018
08:23 MYT
Kes penderaan pekerja asing tidak akan diselindung - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Hashim akan bertemu Menteri Tenaga Kerja Indonesia bagi membincangkan soal pembekuan penghantaran pembantu rumah dari negara tersebut. -BERNAMA
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Hashim akan bertemu Menteri Tenaga Kerja Indonesia bagi membincangkan soal pembekuan penghantaran pembantu rumah dari negara tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah memaklumkan kepada Zahrain tentang isu yang ingin diberi fokus dalam perbincangan itu.
"Antaranya adalah janji kerajaan untuk tidak melindungi mana-mana kes berkaitan penderaan. Ini bukan sahaja melibatkan pembantu rumah tetapi semua pekerja asing.
"Selain itu, Memorandum Persefahaman yang ditandatangani sebelum ini sudah tamat tempohnya pada 2016. Jadi, perlu ada perbincangan dan rundingan lanjut antara kedua-dua negara," kata Datuk Seri Zahid.
Tambah beliau, Malaysia ingin meneruskan kerjasama dengan Indonesia dan berharap kedua-dua negara dapat mencapai kata sepakat dalam hal ini.
Beliau berkata demikan dalam ucapan pada prapelancaran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 dan Pameran Antarabangsa bagi Keselamatan Negara di Asia 2018 (NATSEC), di Kuala Lumpur hari ini.
Media dalam talian di Indonesia sebelum ini melaporkan Jakarta merancang untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Lisao, 26 tahun, yang didera di rumah majikannya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kerjasama
#Malaysia
#Memorandum Persefahaman
#Menteri Tenaga Kerja Indonesia
#pembantu rumah
#pembekuan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan