Skip to main content

Malaysia

Kes pengurusan sisa elektronik: KP, Timbalan JAS dituduh esok - SPRM

Putrajaya , 4 Mac 2026.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Azam (foto) berkata pihaknya sudah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua individu berkenaan. -Gambar fail

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat berhubung kes pengurusan sisa elektronik. 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sudah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua individu berkenaan. 

Advertisement

"Persetujuan daripada pihak pendakwa raya telah kita perolehi. Saya harap tiada pembatalan terhadap perkara ini. 

"Mereka akan dituduh di mahkamah esok (Jumaat) sekiranya tiada halangan," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada Khamis. 

Pada Januari lalu, SPRM menahan Ketua Pengarah dan seorang Timbalan Ketua Pengarah JAS bagi membantu siasatan berhubung isu pengurusan sisa elektronik. 

Kedua-dua suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. 

Siasatan ketika itu dijalankan dengan meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Must Watch Video