MALAYSIA
Kes penipuan pembantu rumah tidak berlesen meningkat, sindiket guna taktik iklan palsu
Abdul Rahman menegaskan bahawa hanya APS yang berlesen dibenarkan menjalankan proses pengambilan pembantu rumah di bawah Akta 246. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kes penipuan melibatkan pengambilan pembantu rumah warga asing tanpa lesen atau dikenali sebagai ‘maid scammer’ menunjukkan peningkatan ketara tahun ini, dengan 15 kes direkodkan dalam tempoh 10 bulan pertama, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Ringkasan AI
Jumlah itu mewakili separuh daripada keseluruhan 30 kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari 2023, melibatkan kerugian mencecah RM269,772.
Menurut Abdul Rahman, peningkatan kes ini berpunca daripada taktik sindiket yang semakin agresif menggunakan iklan palsu dan tawaran pekerjaan secara dalam talian untuk memperdaya orang ramai.
“Dalam tempoh sama, sebanyak 13 pendakwaan telah dibuat terhadap agensi pekerjaan swasta (APS) di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246), melibatkan kesalahan seperti merekrut tanpa lesen (Seksyen 7), gagal mematuhi syarat lesen (Seksyen 9), dan tiada dokumen pengenalan diri (Seksyen 13D).
"Jumlah denda yang dikenakan oleh mahkamah setakat ini ialah RM205,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (PN–Paya Besar) di Dewan Rakyat berhubung statistik kes penipuan pengambilan pembantu rumah tidak berlesen, termasuk yang dilakukan secara dalam talian, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Abdul Rahman turut menegaskan bahawa hanya APS yang berlesen dibenarkan menjalankan proses pengambilan pembantu rumah di bawah Akta 246.
Mana-mana individu atau agensi yang beroperasi tanpa lesen boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM200,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Mengulas mengenai lonjakan aduan berkaitan ‘maid scammer’ di media sosial, beliau menggesa mangsa agar membuat laporan secara berkumpulan melalui sistem Single ID.
“Platform ini bertujuan menghalang penglibatan pihak ketiga dan memastikan semua transaksi direkodkan serta dipantau oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM),” jelasnya.
Ringkasan AI
- Kes penipuan 'maid scammer' meningkat ketara tahun ini, dengan 15 kes dilaporkan dalam 10 bulan pertama, menelan kerugian RM269,772, menyusuli taktik sindiket yang agresif menggunakan iklan palsu secara dalam talian.
- PDRM menerima 30 kes secara keseluruhan, dan telah membuat 13 pendakwaan terhadap agensi pekerjaan swasta di bawah Akta 246, dengan denda keseluruhan setakat ini mencecah RM205,000.
- Timbalan Menteri Sumber Manusia menegaskan bahawa hanya APS yang berlesen dibenarkan menguruskan pengambilan pembantu rumah, dan menggesa mangsa 'maid scammer' membuat laporan berkumpulan melalui sistem Single ID untuk keselamatan transaksi.