MALAYSIA
Kes penipuan tawaran kerja meningkat 146 peratus, kerugian lebih RM200 juta
Rusdi berkata tiada majikan yang sah akan meminta sebarang bayaran pendahuluan daripada calon bagi mendapatkan pekerjaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,484 kes penipuan tawaran pekerjaan sambilan direkodkan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 14 Dis tahun ini melibatkan kerugian RM202.58 juta.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan hari ini, berkata jumlah itu meningkat 146 peratus atau 5,033 kes berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 3,451 kes.
Jumlah kerugian juga meningkat kira-kira 70 peratus berbanding RM118.83 juta pada 2024.
"Peningkatan ini menunjukkan jenayah penipuan itu bukan sahaja semakin berleluasa malah memberi kesan kewangan besar kepada mangsa.
"Sindiket lazimnya menggunakan media sosial dan aplikasi pesanan segera dengan menawarkan pekerjaan sambilan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat sebelum mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan ke akaun keldai," katanya.
Rusdi berkata tiada majikan yang sah akan meminta sebarang bayaran pendahuluan daripada calon bagi mendapatkan pekerjaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada, tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak tidak dikenali dan membuat laporan polis segera jika mengesyaki menjadi mangsa penipuan.
"Mereka juga disarankan segera menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 bagi tindakan awal untuk membolehkan pihak berkuasa mengesan dan membekukan aliran kewangan terlibat," katanya.
Beliau berkata JSJK akan terus mempergiat usaha pencegahan, siasatan dan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah itu secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jumlah kes penipuan tawaran pekerjaan sambilan meningkat kepada 8,484 kes, merugikan RM202.58 juta dari 1 Jan hingga 14 Dis tahun ini, menunjukkan peningkatan sebanyak 146 peratus berbanding tahun lepas.
- Penjenayah menggunakan media sosial dan aplikasi pesanan segera untuk menawarkan pekerjaan palsu yang menjanjikan pulangan tinggi, meminta mangsa membuat bayaran pendahuluan sebelum menghilangkan diri.
- Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati, tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak tidak dikenali, serta membuat laporan polis jika disyaki menjadi mangsa penipuan bagi tindakan selanjutnya.