KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan kes pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini memohon untuk memanggil Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi terhadap tertuduh bersamanya dalam kes itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua pasukan pendakwaan kes tersebut Datuk Seri Gopal Sri Ram membuat permohonan itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Seksyen itu menyatakan bahawa dalam keadaan dua atau lebih orang didakwa melakukan kesalahan di bawah akta tersebut, mahkamah boleh atas permohonan bertulis Pendakwa Raya, mengkehendaki seorang atau lebih seorang daripada mereka memberikan keterangan sebagai saksi untuk pihak pendakwaan.
Sri Ram berkata Arul Kanda, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, mungkin mempunyai maklumat berkaitan transaksi dengan Najib, yang akan menjejaskan keputusan pendakwaan terhadap bekas menteri kewangan itu.
"Beliau (Arul Kanda) mempunyai maklumat dalam simpanannya yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap tertuduh lain (Najib) berhubung mesyuarat tertentu yang diadakan pada Februari 2016 dan peristiwa selepas pertemuan itu," kata Sri Ram.
Semasa menjawab permohonan itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata walaupun permohonan itu telah dibuat secara rasmi kepada mahkamah, pihak pendakwaan perlu memenuhi keperluan undang-undang.
"Mereka boleh membuat permohonan ini. Terdapat peruntukan yang mengawal dan terdapat kes dan peruntukan yang akan menyokong (permohonan).
"Adalah menjadi budi bicara Yang Arif sepenuhnya, berpandukan undang-undang dan sebagainya. Mereka (pendakwaan) perlu memuaskan hati mahkamah sama ada ia (permohonan) tertakluk dalam Seksyen 63 akta SPRM.
"Ia satu permohonan yang luar biasa, malah, pada zaman moden, ia mungkin kali pertama. Saya melihat isu permohonan ini termasuk isu yang bersifat perlembagaan," kata peguam itu.
Peguam Datuk N. Sivananthan, yang mewakili Arul Kanda berkata beliau tidak akan membuat sebarang hujahan dan menyerahkan perkara itu kepada budi bicara mahkamah.
"Kedudukan anak guam saya konsisten sehingga ketika dipanggil untuk siasatan kes. Terdapat prerogatif pendakwaan jika mereka mahu membuat permohonan itu," kata Sivananthan dan menjelaskan bahawa pihak pendakwaan telah menyatakan dalam pernyataan pembukaannya pada awal perbicaraan mengenai hasratnya untuk memanggil anak guamnya untuk memberi keterangan.
Dalam pernyataan pembukaan pendakwaan bertarikh 18 Okt 2019, Sri Ram berkata beliau bertanggungjawab memaklumkan mahkamah bahawa pada peringkat yang sesuai, pendakwa raya akan memohon secara bertulis di bawah Seksyen 63 Akta SPRM untuk memanggil tertuduh (Arul Kanda) untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwaan.
Selepas mendengar hujahan lisan, Mohamed Zaini mengarahkan kesemua pihak supaya mengemukakan hujahan bertulis mereka dan menetapkan 30 Mei untuk mendengar permohonan itu.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Sri Ram berkata Arul Kanda (gambar), bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, mungkin mempunyai maklumat berkaitan transaksi dengan Najib. - Gambar fail

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Pendakwaan mahu Arul Kanda jadi saksi
Arul Kanda mungkin mempunyai maklumat berkaitan transaksi dengan Najib, yang akan menjejaskan keputusan pendakwaan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Peguam kuarantin kendiri, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh ke 17 Ogos
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 minggu lepas.

Perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh kerana saksi tidak sihat
Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana saksi ke-10 pihak pendakwaan, tidak sihat.

Mahkamah tolak permohonan Najib batal perbicaraan 1MDB pada Rabu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perbicaraan kes 1MDB pada Rabu dibatalkan bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat mangsa banjir.

Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Perbicaraan kes 1MDB Najib tetap diteruskan - Mahkamah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali lagi menolak permohonan Pendakwa Raya untuk menangguhkan perbicaraan.