MALAYSIA
Kes program motivasi rumah tangga songsang: Pengasas eHati antara 6 direman 3 hari
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. - Gambar/ Astro AWANI/ Ikqwan Lee
SHAH ALAM: Pasangan suami isteri termasuk pengasas syarikat dikenali sebagai eHati bersama empat individu lain direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi dipercayai songsang dan terpesong.
Ringkasan AI
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas semua suspek terdiri empat wanita dan dua lelaki berusia 26 hingga 47 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam.
Peguam Datuk M. Reza Hassan mewakili empat suspek termasuk pengasas eHati ketika ditemui selepas prosiding tersebut, memaklumkan telah memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan reman tiga hari dikeluarkan Majistret.
“Salah seorang daripada anak guam saya sakit dan telah mengemukakan laporan perubatan hospital. Malah, dia sepatutnya menjalani rawatan di salah sebuah hospital kerajaan hari ini.
“Namun, ia tidak diterima Majistret. Kita menghormati keputusan mahkamah,” katanya.
M. Reza turut mengesahkan tiga anak guamnya iaitu pengasas e-HATI, suami dan anak mereka ditahan selepas memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.
Jelasnya, kesemua suspek tersebut direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Terdahulu, semua enam individu berkenaan di tiba di mahkamah pada jam 11 pagi bagi permohonan reman.
Semalam, pasangan pengasas itu ditahan selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya.
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga bersama empat individu lain direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran motivasi yang dipercayai songsang dan terpesong.
- Kesemua enam suspek berusia antara 26 hingga 47 tahun direman mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955; peguam memfailkan permohonan semakan semula reman atas faktor kesihatan salah seorang suspek.
- Tiga daripada suspek termasuk pengasas e-HATI, suami dan anak mereka ditahan selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya; semua tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 11 pagi untuk permohonan reman.