NATIONAL
Kes rasuah: Bekas pegawai polis masuk penjara selepas rayuan akhir ditolak
Hakim berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya permintaan dan pemberian rasuah dalam kes itu.
PUTRAJAYA: Bekas sarjan polis Mohamed Faruk Mohd Hairul Quah hari ini memulakan hukuman penjara selama setahun selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan meminta serta menerima rasuah sebanyak RM2,000.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan sebulat suara untuk mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi terhadap Mohamed Faruk.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Che Ruzima berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya permintaan dan pemberian rasuah dalam kes itu.
"Tiada alasan untuk mahkamah ini mengganggu penemuan fakta yang telah diputuskan dengan betul oleh hakim perbicaraan," katanya sambil menambah rayuan itu tidak mempunyai merit.
Justeru itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bagi dua pertuduhan dan hukuman penjara setahun serta denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohamed Faruk selain memerintahkan hukuman berjalan serentak.
Che Ruzima turut mengeluarkan waran komital terhadap Mohamed Faruk, yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin, untuk memulakan hukuman hari ini.
Mohamed Faruk, 36, telah membayar denda yang dikenakan terhadapnya.
Pada September 2022, Mahkamah Sesyen mendapati Mohamed Faruk bersalah meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada Norhayati Seman bagi mengubah keputusan ujian air kencing Mohd Ismadi Ismail, yang positif dadah jenis metamfetamina.
Kesalahan itu dilakukan di pejabat Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli di Kelantan pada 15 dan 15 November 2017.
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membayar denda, Mohamed Faruk berdepan hukuman penjara lima bulan.
Mohamed Faruk diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar manakala Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA