KUALA LUMPUR: Seramai 125 orang saksi pendakwaan termasuk beberapa Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghadapi empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.
“Seramai 125 orang saksi berpotensi untuk dipanggil bagi kes pendakwaan termasuk beberapa orang Exco dari Pulau Pinang. Pihak kami juga telah menyerahkan kesemua dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan hari ini.
“Antara dokumen yang diserahkan ialah laporan forensik telefon, laporan bahagian analisis kewangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan daripada pakar pendakwaan tentang projek yang terlibat,” katanya.
Lim, 60, yang diwakili peguam Sangeet Kaur Deo dikecualikan daripada menghadiri prosiding hari ini.
Terdahulu, Wan Shaharuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan kesemua dokumen yang diperlukan pihak pembelaan sebelum perbicaraan kes itu, yang dijangka bermula pada 8 Jun.
“Kami juga telah menyerahkan senarai saksi berpotensi kepada pihak pembelaan dan satu salinan senarai saksi kepada mahkamah,” katanya.
Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 8 hingga 11 Jun; 12 hingga 16 Julai; 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 Sept, 20 hingga 24 Sept dan 13 hingga 17 Dis depan untuk perbicaraan kes.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkii yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan JalanJalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.
Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, KOMTAR, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
Lim, 60, yang diwakili peguam Sangeet Kaur Deo dikecualikan daripada menghadiri prosiding hari ini. - Gambar fail/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kes Guan Eng: BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat sedia dokumen RFP - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk
Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pakatan Harapan belum putuskan anggota jawatankuasa penaja - Guan Eng
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
'PKR tolak PRN Pulau Pinang kerana rakyat cemuh DAP' - Syed Ali
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak yakin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang jika diadakan secara mengejut seperti yang dicadangkan DAP.
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming hina Aidilfitri, mahu alih isu Guan Eng' - Armand
Tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat cubaan mengalih pandangan rakyat dalam isu rasuah Lim Guan Eng.
Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.
#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.
Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.