KOTA KINABALU: Kes rasuah melibatkan penjawat awam di Sabah menurun 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini berikutan usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan negeri membanteras gejala itu.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata penurunan ketara itu memperlihatkan tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab bersama dalam memerangi jenayah tersebut semakin meningkat.
Statistik SPRM menunjukkan sehingga Ogos tahun ini hanya enam kertas siasatan dibuka berbanding sembilan kes pada tahun lepas, selain 11 kes (2019) dan 47 kes (2018).
"Hal ini turut mencerminkan kesungguhan dan kesediaan rakyat Sabah bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri di Menara Kinabalu di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsalam yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai dan Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy.
Mengulas lanjut, Hajiji berkata kerajaan Sabah telah mengambil langkah mewajibkan sektor awam mewujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) bagi memastikan tahap integriti tinggi dalam kalangan pejawat awam sekali gus menangani gejala tersebut.
"Saya menyeru semua kementerian di Sabah agar memberi komitmen padu dalam mewujudkan OACP," katanya sambil menambah, bagi syarikat milik kerajaan negeri, pelaksanaan pelan itu merupakan antara inisiatif mempersiap organisasi komersial kerajaan untuk memiliki tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Beliau berkata sembilan daripada 11 kementerian di negeri itu telah melaksanakan OACP masing-masing, kerana selain untuk memantapkan lagi tadbir urus serta integriti, pelan tersebut juga dilihat dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya percaya jabatan dan agensi kerajaan Sabah memberi komitmen tinggi sekali gus melestarikan integriti secara menyeluruh khususnya kepada warga perkhidmatan awam, untuk bersama melakukan perubahan dengan menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan memberi rasuah satu kesalahan serius," katanya.
Hajiji turut menggesa masyarakat terus memberi sokongan serta kerjasama dengan melaporkan kesalahan seperti salah guna kuasa dan rasuah kepada SPRM.
"Mereka yang memberi maklumat penting kepada SPRM akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Hajiji ketika menyampaikan ucapan amanat pada majlis Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2021 peringkat negeri Sabah hari ini. - Foto BERNAMA
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] 38 penduduk dipindahkan ke dua PPS
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.
Abang Johari teraju ekonomi baharu Sarawak, tingkatkan hasil negeri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berpendapat lapan tahun sejak memegang jawatan nombor satu di Sarawak, Premier Tan Sri Abang Johari berjaya melipatgandakan hasil pendapatan wilayah itu kerana keberanian dan kreativitinya.
[TERKINI] Sandwic 'ham dan keju' dijual di UM sah tiada sijil halal' - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Ibu bunuh bayi 6 bulan kerana suami kahwin lain
WARGA Kecamatan Mataram Baru, Lampung Timur digemparkan dengan kejadian pembunuhan tragis bayi berusia enam bulan.
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
YDP Agong berkenan lawat mangsa banjir di Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat melawat mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, Johor, hari ini (13 Januari).Seri Paduka Baginda melawat
Kes rasuah penjawat awam Sabah turun 87 peratus - Hajiji
Kes rasuah melibatkan penjawat awam di Sabah menurun 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini berikutan usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan negeri.
Padah minta rasuah berbentuk seks, ketua jabatan ditahan SPRM
Padah meminta rasuah berbentuk seks daripada seorang wanita, seorang pejawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, semalam.
Penjawat awam Sabah terima bonus RM600
Kerajaan Sabah bersetuju memberi bantuan kewangan khas RM600 kepada semua penjawat awam negeri melibatkan peruntukan RM8.7 juta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.