awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah RM3 juta: Nasib Isa Samad ditentukan pagi ini

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/02/2021
00:27 MYT
Kes rasuah RM3 juta: Nasib Isa Samad ditentukan pagi ini
Mohd Isa Samad akan mengetahui nasibnya pagi ini berhubung sembilan pertuduhan menerima RM3 juta yang didakwa dilakukan tujuh tahun lepas. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad akan mengetahui nasibnya pagi ini berhubung sembilan pertuduhan menerima RM3 juta yang didakwa dilakukan tujuh tahun lepas.
Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Keputusan akan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada pukul 9.30 pagi ini.
Mohd Isa, 71, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip.
Ia sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Seramai 22 saksi telah dipanggil, termasuk bekas Ketua Pengarah Felda Datuk Hanapi Suhada, bekas Ketua Pegawai Eksekutif FICSB Mohd Zaid Abdul Jalil, Ikhwan dan Muhammad Zahid.
Topic Berkaitan
#Isa Samad
#Felda
#Rasuah
#SPRM
#Merdeka
#Rasuah Buster
#Merdeka Palace Hotel & Suites
#MPHS
#Zahid Md Arip
#GAPSB
#Ikhwan Zaidel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan