KUALA LUMPUR: Pengasas dan penulis portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin tidak seharusnya dianggap sebagai sumber yang berkredibiliti, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua Pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Raja Petra dikenali sebagai seorang pelarian, dan hanya menulis mengikut kemahuan pihak yang membayarnya.
Sri Ram berkata, permohonan pembelaan untuk mengecualikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dari kes tersebut perlu ditolak, kerana ia hanya berdasarkan dokumen yang diterbitkan oleh Raja Petra, yang pada pandangan beliau hanya bersifat khabar angin, dan dibuat dengan niat jahat (mala fide).
“Saya berhujah bahawa penulis dua artikel tersebut adalah seorang pelarian dari keadilan, yang kini sedang bersembunyi di United Kingdom.
“Keduanya dia adalah wartawan yang sukar dikawal. Dan ketiga, pandangan dia sering kali berubah mengikut jumlah bayaran yang diterima,” kata Sri Ram.
BACA: Kes rasuah projek solar: Mahkamah dengar permohonan Rosmah kecualikan Hakim Zaini
Ketika ini Mohamed Zaini sedang mendengar permohonan pihak pembelaan, yang diketuai Datuk Akberdin Abdul Kadir dan Datuk Jagjit Singh untuk mengecualikan beliau dari kes tersebut.
Rosmah dalam kenyataan afidavit sokongan berkata, permohonan tersebut dilakukan selepas tular ringkasan penghakiman berhubung kes tersebut, yang didakwa sepatutnya dibacakan di Mahkamah Tinggi pada 1 Sept (hari ini).
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, beliau mendapati terdapat ketirisan atau kebocoran, selain mendapati penghakiman itu telah disediakan orang atau pihak lain, dan bukannya Mohamed Zaini sendiri.
Pandangan pendakwaan, bagaimanapun disanggah Jagjit, yang berhujah bahawa dalam setiap diri manusia yang jahat, pasti ada kebaikan, seperti mana yang dilakukan Raja Petra.
Beliau berkata, biar pun apa juga pandangan atau persepsi pendakwaan terhadap penulis itu, namun pendakwaan langsung tidak menyangkal bahawa dua dokumen – ringkasan serta penghakiman penuh kes Rosmah – adalah dokumen palsu.
Dlaam pada itu Jagjit berkata, kedua-dua dokumen tersebut merupakan draf penghakiman, yang dibuat oleh pihak luar, bertujuan untuk mempengaruhi penghakiman penuh Mohamed Zaini.
Beliau berkata, Mohamed Zaini selaku Hakim kes tersebut perlu segera mengecualikan diri, bagi menjaga integriti dan kebebasan badan kehakiman.
Namun Sri Ram berkata, dokumen tersebut lazimnya disediakan oleh unit penyelidikan badan kehakiman, dan ia merupakan amalan yang bukan digunapakai bukan sahaja di negara-negara Komanwel, tetapi juga di Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat.
Katanya lagi, terpulang kepada Hakim Bicara untuk menggunapakai draf atau pandangan tersebut, kerana ia bukan satu amalan yang luar biasa.
“Perkara penting di sini, secara objektifnya, bahawa tertuduh (Rosmah) telah menerima perbicaraan yang adil, dan penghakiman itu merupakan pandangan atau keputusan Hakim sendiri, bukan orang lain,” katanya lagi.
Rosmah ketika ini berhadapan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta, serta dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dari Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Dana itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta
Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Media sebelum ini melaporkan keseluruhan projek tersebut bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Firdaus Azil
Thu Sep 01 2022

Gopal Sri Ram berkata, Raja Petra dikenali sebagai seorang pelarian, dan hanya menulis mengikut kemahuan pihak yang membayarnya. - fotoREUTERS

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Rohana dilaporkan sudah pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerajaan disaran wujudkan geran promosi pengiklanan
Kerajaan disaran mewujudkan geran pengiklanan bagi tujuan pemasaran barangan dan perkhidmatan pelancongan. Ia merupakan salah satu langkah dalam meperkasa sektor pelancongan negara menerusi strategi pemasaran yang terurus dan berkualiti.

Enggan berdamai, Puteri Sarah tekad bercerai
Puteri Sarah yang mengakui penat dengan kemelut yang melanda rumah tangganya tetap dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai.

Hakim baharu dengar kes Rosmah ubah wang haram RM7 juta
Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM7 juta dan gagal menyerahkan penyata pendapatan LHDN membabitkan Rosmah di Mahkamah Tinggi akan didengar hakim baharu iaitu K Muniandy.

Rosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit
Datin Seri Rosmah Mansor dibenarkan mendapatkan sementara pasport, bagi melawat cucunya yang sakit di Singapura.

'Tiada kaitan pengaruh terhadap kemenangan Yana'
Jelas beliau, kejayaan yang diperoleh Nooryana merupakan hasil usahanya sendiri.

Keputusan audit 1MDB: "Ini kemenangan untuk Najib, keluarga" - Rosmah
Rosmah yang hadir ke mahkamah hari ini, sempat bertemu suaminya yang menyatakan kemenangan ini untuk mereka sekeluarga.

Gopal Sri Ram dilapor masuk ICU
Memetik laporan New Straits Times, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu dipercayai sedang mendapatkan rawatan akibat jangkitan paru-paru.

Peniaga lepas tanpa bebas buat hantaran komunikasi jelik terhadap Najib, Rosmah
Seorang peniaga dilepaskan tanpa dibebaskan atas pertuduhan membuat serta menghantar komunikasi jelik terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Rayuan kes rasuah hibrid solar Rosmah dijadualkan semula 11 Julai
Pendengaran rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah di Sarawak dijadualkan semula.

Rayuan Rosmah mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri, didengar 17 Mac
Dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya akan didengar pada 17 Mac 2023.

Prosiding rayuan Rosmah kes rasuah solar hibrid Jun depan
Pendengaran rayuan Rosmah terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah ditetapkan pada 22 dan 23 Jun 2023.

Mesyuarat MKT di Menara Dato' Onn, kelibat Rosmah turut kelihatan
Pascapembentukan Kabinet, Menara Dato' Onn kembali menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung malam ini.