MALAYSIA
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
SPRM terus memperluas siasatan rasuah melibatkan pegawai kanan Tentera Darat, termasuk sitaan akaun bank dan pengesanan aset. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Terdapat individu lain yang disyaki turut terbabit dengan rasuah berkait siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pegawai kanan Tentera Darat.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, SPRM berkata, tindakan lanjut akan akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh.
Sementara itu, individu utama dalam kes tersebut sedang menjalani rawatan perubatan, dan keterangan masih belum diambil sepenuhnya.
“SPRM menghormati aspek kesihatan serta hak individu tersebut selaras dengan prinsip undang-undang, dan akan mengambil keterangan sebaik sahaja beliau disahkan sihat oleh pihak perubatan.
“SPRM turut memaklumkan bahawa tiada tempoh masa tetap ditetapkan bagi setiap fasa siasatan. Tempoh siasatan bergantung kepada kerumitan kes jumlah saksi serta keperluan analisis dokumen dan kewangan,” menurut suruhanjaya itu lagi.
Pada 29 Disember lepas, Bernama melaporkan, SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah, dan siasatan dijalankan secara berperingkat.
SPRM dijangka terus memperluas siasatan termasuk aspek aliran kewangan, perolehan projek dan kaitan individu serta syarikat yang terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009.
Selain itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sitaan terhadap enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.
Dalam pada itu, SPRM mengesahkan bahawa tindakan pengesanan dan sekatan aset sedang dijalankan.
Namun jumlah nilai aset atau akaun bank tidak didedahkan kepada media buat masa ini memandangkan proses siasatan masih berjalan dan tidak semua aset telah dibekukan sepenuhnya.
“SPRM menegaskan bahawa siasatan ini dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang tanpa sebarang campur tangan.
“SPRM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” menurut kenyataan itu lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Individu lain disyaki terlibat dalam kes rasuah yang melibatkan pegawai kanan Tentera Darat, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Siasatan SPRM terhadap kes tersebut masih berlanjutan dan individu utama sedang menjalani rawatan perubatan, keterangan belum diambil sepenuhnya.
- SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah, dengan fokus pada aliran kewangan dan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, SPRM berkata, tindakan lanjut akan akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh.
Sementara itu, individu utama dalam kes tersebut sedang menjalani rawatan perubatan, dan keterangan masih belum diambil sepenuhnya.
“SPRM menghormati aspek kesihatan serta hak individu tersebut selaras dengan prinsip undang-undang, dan akan mengambil keterangan sebaik sahaja beliau disahkan sihat oleh pihak perubatan.
“SPRM turut memaklumkan bahawa tiada tempoh masa tetap ditetapkan bagi setiap fasa siasatan. Tempoh siasatan bergantung kepada kerumitan kes jumlah saksi serta keperluan analisis dokumen dan kewangan,” menurut suruhanjaya itu lagi.
Pada 29 Disember lepas, Bernama melaporkan, SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah, dan siasatan dijalankan secara berperingkat.
SPRM dijangka terus memperluas siasatan termasuk aspek aliran kewangan, perolehan projek dan kaitan individu serta syarikat yang terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009.
Selain itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sitaan terhadap enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.
Dalam pada itu, SPRM mengesahkan bahawa tindakan pengesanan dan sekatan aset sedang dijalankan.
Namun jumlah nilai aset atau akaun bank tidak didedahkan kepada media buat masa ini memandangkan proses siasatan masih berjalan dan tidak semua aset telah dibekukan sepenuhnya.
“SPRM menegaskan bahawa siasatan ini dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang tanpa sebarang campur tangan.
“SPRM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” menurut kenyataan itu lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap individu yang disyaki terlibat dengan rasuah dalam siasatan pegawai kanan Tentera Darat?
A: SPRM mengambil tindakan lanjut berdasarkan hasil siasatan dan bukti yang diperoleh, sementara individu utama kes tersebut sedang menjalani rawatan perubatan dan keterangan masih belum diambil sepenuhnya. - Q: Berapakah jumlah syarikat yang disiasat oleh SPRM dalam kes pemberian wang rasuah yang melibatkan pegawai kanan Tentera Darat?
A: SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah, dan siasatan dijalankan secara berperingkat. - Q: Apakah tindakan yang diambil SPRM terhadap akaun bank milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya dalam siasatan rasuah?
A: SPRM mengesahkan sitaan terhadap enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia serta tindakan pengesanan dan sekatan aset sedang dijalankan.