awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah: Tiga pegawai polis Melaka direman

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2017
05:11 MYT
Kes rasuah: Tiga pegawai polis Melaka direman
Tiga pegawai polis dan tiga orang awam yang ditahan di sekitar Melaka semalam dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini, 17 Mei, 2017. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tiga pegawai polis merupakan antara enam individu direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Majistret Muhamad Safuan Azhar memerintahkan mereka direman bermula hari ini hingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 16(A)(B) dan Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Semalam, SPRM menahan tiga pegawai polis dan tiga orang awam di sekitar Melaka selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#pegawai polis
#Rasuah
#reman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan