PUTRAJAYA: Pasukan pendakwaan dan pembelaan perlu memfailkan hujahan lanjut berhubung sama ada Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.
Rosmah, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap dua keputusan Hakim Mohamed Zaini pada 14 Dis 2021 dan 25 April lepas yang menolak permohonan Rosmah bagi beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hanipah Farikullah berkata, panel itu telah membaca hujahan bertulis yang difailkan kedua-dua pihak, dan mahkamah berpendapat ada perkara awal berhubung isu bidang kuasa yang perlu didengar terlebih dahulu.
"Ia berhubung sama ada perkara ini boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (COJA) dibaca bersama Seksyen 51 COJA.
"Jadi, mahkamah memberi tempoh sebulan kepada kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis lanjut mengenai perkara itu," kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.
Seksyen 3 COJA menyatakan bahawa istilah "keputusan" bermaksud penghakiman, hukuman atau perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, tetapi tidak termasuk apa-apa keputusan yang dibuat semasa perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara, yang akhirnya tidak melupuskan hak pihak-pihak berkaitan.
Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn memberitahu pemberita bahawa rayuan akan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 23 Dis sementara menunggu pemfailan hujahan lanjut.
Peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, mewakili Rosmah, yang hadir di mahkamah hari ini.
Dalam permohonannya itu, Rosmah antara lain menyatakan alasannya adalah untuk mengelak sebarang kemungkinan Hakim Mohamed Zaini bersikap prejudis dan berat sebelah terhadapnya jika beliau mengetuai kes pengubahan wang haram, memandangkan hakim yang sama turut mendengar satu lagi kes perbicaraan rasuah yang dihadapinya, berkaitan projek hibrid solar yang melibatkan sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah, 70, berhadapan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Sementara itu kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai ditetapkan untuk pengurusan kes pada 29 Nov di hadapan Hakim Mohamed Zaini.
Pada 1 Sept lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Mahkamah juga memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2022

Rosmah, 70, berhadapan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). - Foto BERNAMA

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah bermula 12 Mei 2023
Pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.

Hakim ingatkan peguam beri keutamaan kes pengubahan wang haram dihadapi Rosmah
Keutamaan itu harus diberikan memandangkan kes tersebut telah mengambil masa lama sejak 2018.

Kes rayuan Rosmah: Mahkamah arah pendakwaan dan pembelaan fail hujah lanjut isu bidang kuasa
Rosmah merayu terhadap dua keputusan Hakim Mohamed Zaini pada 14 Dis 2021 dan 25 April lepas.

Kronologi kes rasuah Rosmah Mansor
Rosmah, 70, akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Kes rasuah solar: Rosmah Mansor menangis, mohon belas ihsan mahkamah
"Anda telah melakukan perkara ini kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita." - Rosmah Mansor

Polis siasat kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan kes Rosmah
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan, semalam.

Perbicaraan kes Rosmah: Pembelaan tutup kes, hujahan lisan 5 April
Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan pertuduhan membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak, menutup kesnya hari ini selepas memanggil dua saksi.

Kes rasuah projek solar ditangguh lagi, status MySejahtera Rosmah masih jingga
Ia ditangguhkan buat kali ketiga setelah status MySejahteranya masih menunjukkan beliau mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

Permohonan Rosmah untuk gugurkan Sri Ram, batal perbicaraan kes rasuah didengar 17 Jun
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mengkaji surat daripada peguam dan mendapatkan maklum balas daripada pendakwaan.

Rosmah berhak mengesahkan keabsahan surat pelantikan Sri Ram - Peguam
Pihak pendakwaan perlu mengemukakan salinan surat pelantikan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan khusus dalam perbicaraan kes rasuah isteri Rosmah Mansor.